Thursday, September 6, 2012

Silent Majority Kini Bangkit Bersuara : "JANGAN BIADAB" Tindakan biadab terus dikutuk dan ratusan laporan polis telah dibuat .

Pengerusi MAYC Mohd Firdaus Abduk Aziz mengutuk keras tindakan memijak gambat PM dan isteri.
 Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) negeri ini mengutuk keras tindakan segelintir rakyat yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.
 
Pengerusinya, Mohd. Firdaus Abdul Aziz berkata, pihaknya juga menentang keras puak yang cuba menukar Jalur Gemilang kepada bendera baru dan menganggap ia sebagai biadab.
 
"Kami menentang keras tindakan biadab dan tidak bertamadun ditunjukkan oleh individu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat keamanan dan keselesaan ini.
 
"Saya mahu Kementerian Dalam Negeri jangan bagi muka kepada individu yang terbabit kerana tindakan yang dilakukan termasuk memijak gambar pemimpin nombor satu negara dan isterinya serta menukar bendera adalah satu penghinaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
Beliau mengulas tindakan biadab peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu yang memijak gambar Najib dan Rosmah serta membawa bendera merah putih seakan bendera Singapura yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang sekiranya pembangkang berkuasa.
 
Katanya, Jalur Gemilang merupakan maruah negara dan ia bukan isu kecil yang hanya boleh diberikan amaran kepada pelaku terbabit.
 
"Apa yang berlaku itu telah ditonjolkan ketika rakyat sedang mensyukuri kemerdekaan, nikmat keamanan dan kestabilan negara.
 
"Belia berfikiran waras tidak akan melakukan kerja biadab ini. Golongan yang terlibat hanya mengikut hawa nafsu dan telunjuk pemimpin mereka yang cuba menghancurkan keamanan dan perpaduan yang telah lama wujud di negara ini," tegasnya.
 
Justeru katanya, belia terdidik diajar menghormati pemimpin, bukan mengeji mereka yang telah berjasa kepada negara, apatah lagi dalam aspek kestabilan ekonomi, keharmonian kaum dan pembangunan pesatnya.
 
"Jangan jadi duri dalam daging. Jika tidak berminat untuk menjadi warganegara Malaysia, pergilah ke negara lain yang memperjuangkan apa yang mereka inginkan," katanya.

sumber:Ainol Amriz Ismail
utusanN9@utusan.com.my

SEMENTARA ITU DI REMBAU :

Bantah Aksi Biadap : Gabungan Pemuda, Belia, NGO Rembau Repot Polis


Kemarahan orang ramai terhadap peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu memuncak apabila sebanyak 39 laporan polis dibuat di seluruh negara sehingga kini.
 
Pengerusi Persatuan Belia Nara, En. Ramadan Bin Haji Mohd Taf yang mengetuai laporan hadir mewakili Gabungan Pemuda, Belia dan NGO Rembau di Balai Polis Daerah Chembong, Rembau kira-kira pukul 5.00 petang tadi dengan disertai kira-kira 30 orang ahli pergerakan tersebut.
 
Menurut aduan yang dilaporkan, beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai perbuatan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat.
 
Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun dan beradab tindakan sebegini tidak sepatutnya terjadi kerana ini boleh mengakibatkan kemarahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
 
Jelas beliau, peserta perhimpunan yang bertindak di luar batasan itu boleh dianggap amat menjijikkan, biadap, keterlaluan dan tidak senonoh.
 
Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu menggesa pihak berkuasa memandang serius insiden tersebut dan mengambil tindakan undang-undang ke atas dalang dan individu yang mencetuskan perilaku biadab dan tidak bermoral.

oleh : Ainaa
http://n9kini.com/bantah-aksi-biadap-gabungan-pemuda-belia-ngo-rembau-repot-polis/

1 comment:

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts