Mahasiswa Pro-Pembangkang Fitnah PM Dengan Surat UMNO Palsu
Agak menakjubkan apabila
budak-budak hingusan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
mempunyai ilham untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, demi meraih undi pilihanraya kampus kali ini.
Untuk makluman, pilihanraya kampus di
IIUM dijadualkan bermula hari ini di mana kini sedang berlangsung proses
penamaan calon di universiti tersebut.
Semalam, sekumpulan budak-budak hingusan
menyiarkan sepucuk surat perlantikan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
(HEP), Datuk Profesor Madya Dr. Mizan Hitam, kononnya telah
ditandatangani Perdana Menteri.
Mereka mendakwa Dr. Mizan dilantik bagi
memastikan kemenangan para mahasiswa pro-kerajaan di IIUM yang dikini
dikuasai oleh kumpulan pro-Mahasiswa yang membawa suara Pakatan Haram di
universiti tersebut.
Persoalannya, apakah benar surat
bertarikh “7 Ogos 2012” yang disiarkan di laman facebook Buletin UIAM
itu adalah sepucuk surat yang sah dan berkreadibiliti untuk dijadikan
bahan bukti?
Menariknya, surat berkenaan menggunakan
kepala surat UMNO ditujukan kepada Rektor IIUM, Datuk Profesor Dr.
Zaleha Kamaruddin dan ditandatangani Najib di atas kapasiti jawatan
Presiden UMNO Malaysia.
Saya ingin bertanya budak-budak hingusan
yang cuba mereka-reka cerita kartun ini, apakah mereka fikir Perdana
Menteri mempunyai masa untuk memikirkan soal perlantikan seorang
Timbalan Rektor HEP bagi sesebuah universiti?
Budak-budak suruhan Anwar di IIUM itu
perlu tahu bahawa Najib sangat sebok menguruskan negara dan memiliki
jadual yang padat berbanding “ketua” mereka yang begitu banyak masa
berceramah ke sana sini dan kerap ke luar negara melobi dana PRU!
Lebih-lebih lagi, apakah budak-budak
tersebut fikir Perdana Menteri sebodoh mereka untuk menulis sepucuk
surat bagi melantik seorang Timbalan Rektor sedangkan beliau mampu
berbuat demikian hanya dengan satu panggilan telefon saja?
Untuk makluman budak-budak Pro-M di IIUM,
apakah mereka fikir dengan melantik Dr. Mizan sebagai Timbalan Rektor
HEP di universiti itu maka beliau mampu memastikan mahasiswa
pro-kerajaan menang pada pilihanraya kampus kali ini?
Apakah dalam tempoh sebulan Dr. Mizan
boleh mematikan gerakan mahasiswa pro-Pakatan Haram yang sudah bersarang
di IIUM sejak di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka
gila, kah?
Saya sangat yakin bahawa sekiranya Najib
mahu menghapuskan pengaruh Pakatan Haram di IIUM, sudah tentu ia
melibatkan lebih ramai pihak dan memerlukan masa lebih dua tahun untuk
mematikan nama “Anwar” di situ.
Lagipun, semua orang tahu bahawa nama
Anwar agak kuat di IIUM ketika dia di dalam kerajaan dulu dan dia
dipercayai sempat meletakkan orang-orangnya di universiti tersebut
sebagai percaturan menaikkan imejnya sebagai “Pak Syiekh”.
Justeru itu, adalah tidak logik sama
sekali untuk budak-budak hingusan di IIUM itu meletakkan tarik 7 Ogos
2012 lalu untuk memfitnah Najib, Timbalan Rektor HEP dan nama baik UMNO
di mata rakyat Malaysia, khususnya para mahasiswa.
Pada saya, sekiranya Anwar terdesak
sekalipun mahu “anak-anak ikan”nya menang pada pilihanraya kampus di
IIUM kali ini, dia sepatutnya menggunakan strategi yang lebih mantap dan
lebih logik supaya tidak dapat dipertikaikan sebegini mudah.
Saya percaya, isu surat lantikan palsu
yang didedahkan para pencacai muda Pakatan Haram di IIUM itu akan
memakan diri sendiri dan berkemungkinan akan menyebabkan kekalahan yang
lebih besar terhadap gerakan Pro-M.
Persoalannya, tidak malukah budak-budak
hingusan yang kononnya terpelajar di universiti itu menggunakan taktik
kotor untuk menang pilihanraya kampus dan memalukan diri sendiri di
khalayak rakyat Malaysia?
Saya berpendapat, hanya mahasiswa yang
bodoh dan berotak kelas terbawah saja yang akan terpengaruh dengan
dakwaan tidak masuk akal tersebut. Namun yang berakal dan berpandukan
Islam sudah pasti akan terpelihara dari fitnah “dajal” itu…
sumber asal Mykmu.net
No comments:
Post a Comment