Thursday, September 13, 2012

Andai Sin Yee Buka Seluar Pada Malam Itu ..


PR bernasib baik hanya Muhammad Ammar yang menjadi luar kawalan sehingga sanggup membuka seluar dan menunjuk punggung pada malam sambutan Hari Merdeka tempoh hari.

 Apa agaknya akan terjadi jika si nyonya berbaju BERSIH atau amoi, Sin Yee juga turut berbuat yang sama?

Tentu semakin meriah dan ‘bersemangat’ jadinya himpunan Janji Demokrasi pada malam itu.  Reformasi yang dilaungkan akan lebih kuat dan silap-silap semua peserta yang terlibat akan turut melakukan perkara yang sama, iaitu membuka seluar. 

 Mahu tumbang juga kerajaan dibuatnya jika ini berlaku kerana pihak berkuasa menjadi bingung dan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana pandangan mereka terganggu.

Nasib baiklah perkara ini tidak terjadi dan Sin Yee hanya memakai seluar ketat jarang sambil memijak gambar Dato’ Seri Najib, tanpa membukanya.  Jika tidak, tentu jenuh puak-puak PAS mencari ayat untuk menghalalkan tindakan tersebut kalaupun tidak turut sama.

Sekarang pun, kita lihat walaupun Tok Guru Nik Aziz juga mengecam tindakan tak senonoh peserta himpunan Janji Demokrasi tetapi penyokong-penyokong PAS di laman-laman sosial dan media pro-PR seolah-olah ‘keberatan’ untuk turut mengecam tindakan tersebut. 

 Kebanyakan mereka mengambil sikap ‘malu alah’ dan enggan mengulas lanjut mengenai insiden buka seluar.  Sebaliknya, mereka cuba mengalihkan topik atau perhatian ke arah lain sekiranya perkara ini dibangkitkan oleh pihak lawan.

Kita tahu bahawa adalah tidak mustahil jika Sin Yee benar-benar membuka seluar dengan diikuti oleh sebahagian besar peserta lain, maka PAS akan terpaksa juga membela tindakan tersebut dengan apa jua cara.  

Mungkin juga akan timbul ayat baru yang mengatakan berkelakuan tidak senonoh itu adalah dibolehkan jika ianya bertujuan menentang pemerintah yang zalim atau sebagainya. Sekarang pun, ada pihak Pakatan Rakyat yang membela Ammar sambil mengutuk ibu bapa Ammar sebagai mengkhianati anak sendiri kerana menyerahkannya kepada pihak berkuasa. 

2 comments:

  1. Nape amoi ni x bukak..biaq terkejut berok puak-puak ni!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best best klau die bukak selua takde loye nak tngok hahaha

      Delete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts