SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani
gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala
dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut
menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar
rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan
menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan
orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan
kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain
mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai
Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun
lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling
Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak
sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu
terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang
disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk
menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi
malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah
meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala
hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi
serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya
menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah
kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan
sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu
kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak
sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu,
saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin. – SinarHarian
No comments:
Post a Comment