Pelajar yang ditahan polis semalam kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri dan isteri minggu lalu masih belum didakwa di mahkamah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata, sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak bergantung kepada siasatan lanjut dan bukti yang terkumpul.
Setakat ini, kata Ku, sebanyak 172 laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan siasatan masih lagi berlangsung.
Beliau juga telah menggesa orang ramai membantu mengenalpasti sepuluh
lagi individu yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri
selepas insiden menunjukkan punggung itu.
untuk berita politik yang lebih sensasi sila join kami di fb dan klik like
untuk berita politik yang lebih sensasi sila join kami di fb dan klik like
No comments:
Post a Comment