Perkara ini memang tidak pernah dilakukan ketika pemimpin lain jadi
ketua pembangkang tetapi sejak Anwar Ibrahim pegang jawatan itu, beliau
dan sekutunya sengaja bentang belanjawan pembangkang sebelum Bajet
kerajaan.
Memang tidak ada peraturan halang Anwar dan geng-geng beliau bentang
belanjawan mereka tetapi tindakan itu dianggap tidak menghormati
demokrasi yang diberikan rakyat kepada kerajaan memerintah membentangkan
belanjawan.
Sebab itu ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas
cadangan pembangkang untuk bentang bajet Pakatan Rakyat pada taklimat
khas Rabu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentangkan Bajet 2013 pada Jumaat Petang di Dewan Rakyat.
Menurut Ibrahim, Anwar tidak perlu berbuat demikian kerana ketua
pembangkag diberikan peluang pertama membahaskan belanjawan itu selepas
pembentangan.
“Kalau Anwar nak buat bajet sendiri nak kaburkan mata rakat itu hak
dia. Bagi saya ada dua sebab pembangkang buat bajet mereka seperti
sebelum ini,” kata Ibrahim kepada media di lobi parlimen, Selasa.
Pertama katanya, bagi menganggu strategi belanjawan kerajaan dan kedua bagi kepentingan politik.
“Maksudnya, apabila dibentang nanti (Bajet 2013) dan ada perkara
terkandung (Bajet PR), mereka akan dakwa Perdana Menteri cedok atau tiru
dari PR,”.
“Kedua, mereka tahu pilihanraya dah dekat lepas PM bentang bajet.
Mereka bimbang belanjawan mesra rakyat dan dapat sambutan rakyat. Sebab
itu mereka kemukakan belanjawan (PR) esok,” katanya.
Menurutnya pembangkang seolah-olah takut dan risau dengan
pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat ini sehingga sanggup
membentangkan belanjawan mereka terlebih dulu.
"Apakah pembangkang bimbang belanjawan kerajaan yang lebih menjurus kepada mesra rakyat akan menggugat mereka," katanya.
Ibrahim mendakwa tindakan pembangkang itu hanya untuk "kepentingan
politik" dan rakyat seharusnya tidak tertipu dengan agenda mereka itu.
-
SAAT AKHIR SEBELUM TINGGALKAN JAWATAN, JOE BIDEN UMUM GENCATAN SENJATA
HAMAS - ISRAEL
-
1. Berbaki beberapa hari sebelum Trump mengambil alih jawatan sebagai
Presiden Amerika Syarikat ke 47, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa
pentadbira...
5 days ago
No comments:
Post a Comment