Awal tahun 2011 PKR pernah mengadakan satu kongres bagi mencari jalan
bagaimana untuk mereka boleh mendapatkan sokongan orang-orang melayu
serta taktik-taktik yang perlu digunakan untuk menjatuhkan BN.
Antara perkara yang perlu mereka lakukan,
- Laga-lagakan Datuk Seri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin
- Laga-lagakan isteri PM dengan isteri TPM
- Serang isteri PM
Selebihnya anda boleh lihat sebahagian minit yang dicatitkan dibawah sepanjang kongres itu berlangsung...
Sekarang ini apa yang mereka bincangkan dulu sedang giat mereka lakukan.
Anda boleh lihat sejak kebelakangan ini mereka begitu galak melaporkan
berita serta menjaja cerita kononnya Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin
bermasalah atau mempunyai hubungan yang dingin.
Serangan terhadap isteri PM, tak usah cakaplah. Itu sudah menjadi
perkara wajib bagi mereka. Naik sahaja pentas ceramah nama Rosmah dah
jadi perkataan yang wajib disebut.
Agenda melaga-laga isteri PM dengan isteri TPM tak berapa nampak lagi sekarang. Tetapi benda itu akan berlaku menjelang PRU.
Dalam hal ini orang-orang Umno kena bijak. Jangan sesekali termakan
propaganda mereka. Matlamat mereka adalah memecah belah ahli Umno supaya
timbul perasaan tidak puas hati antara satu sama lain dan seterusnya
membuatkan orang-orang Umno tidak bekerja bersungguh-sungguh untuk
menghadapi PRU serta melakukan sabotaj. Apabila itu semua berlaku undi
akan lari kepada mereka dan akhirnya mereka yang untung.
Ingat ! Antara yang menjadi penyumbang kepada kemenangan besar PKR, Pas
dan DAP 2008 adalah orang-orang Umno sendiri. Cukuplah sekali dan ambil
iktibar dari apa yang terjadi. Pastikan pisang tidak berbuah dua kali.
PKR tidak pernah duduk diam. Segala propaganda mereka telah dirancang
atau dijadualkan dengan rapi dalam usaha untuk menyerang atau melemahkan
musuh. Sebab itulah mereka ada biro strategi yang diketuai oleh Rafizi.
Mana ada parti lain dalam Malaysia yang pengarah strategi seperti PKR ?
Hanya PKR sahaja yang ada. Itu pasal mereka cukup cekap dalam melancarkan propaganda. Tiba-tiba sahaja keluar cerita cermin bas PKR disimbah cat merah, brek kereta Anwar dirosakkan, bilik hotel Anwar cuba diceroboh dan macam-macam lagi.
Hanya PKR sahaja yang ada. Itu pasal mereka cukup cekap dalam melancarkan propaganda. Tiba-tiba sahaja keluar cerita cermin bas PKR disimbah cat merah, brek kereta Anwar dirosakkan, bilik hotel Anwar cuba diceroboh dan macam-macam lagi.
Bukan itu sahaja yang dilakukan oleh mereka, banyak lagi perkara-perkara
lain yang mereka lakukan termasuklah apa yang perlu diperkatakan oleh
penceramah-penceramah dalam majlis ceramah-ceramah mereka.
Dibawah ini adalah rakaman audio yang bocor kepada umum bagaimana salah
seorang orang strategi PKR meyampaikan taklimat kepada
penceramah-penceramah mereka dalam satu majlis tertutup semasa Kongres
Nasional PKR di Johor tahun 2011.
Penceramah-penceramah mereka diminta untuk tumpukan kepada 3 perkara
dalam setiap ceramah mereka. Tiga perkara itu dijadikan kerangka besar
dan penceramah diminta huraikan tiap-tiap perkara itu tanpa lari jauh
dari kerangka yang diberikan.
- Negara Berpontesi
- Umno dan BN Rompak Kita
- Rakyat Perlu Bersatu Seperti Arab Spring Lawan Orang Yang Korup
Taklimat yang disampaikan oleh Sim Tze Tzin
Sekarang sudah jelas yang PKR tidak ada kekuatan sendiri untuk
mendapatkan kuasa. Cara mereka hanya dengan menimbulkan kebencian orang
ramai terhadap musuh serta membangkit orang ramai bangun menjadi
pemberontak semata-mata untuk mereka mendapatkan sokongan.
Perkara yang paling penting untuk menimbulkan kebencian orang ramai
terhadap musuh adalah fitnah dan pembohongan. Dan dua perkara itulah
yang menjadi sandaran utama PKR bagi membolehkan mereka terus hidup
sehingga hari ini. Tetapi berapa lama mereka boleh hidup dengan
pembohongan dan fitnah ?
Terima kasih kepada orang dalam PKR yang membocorkan rakaman audio diatas....
Ya Allah..selamatkanlah Malaysia dari pakatan penipu dari memerintah Malaysia amiiin...
ReplyDelete