Sehari dua lepas media dan blog picisan pro pakatan
pembangkang yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengikut tegar dan
totok kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menyebarkan berita
angin kononnya Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hulu Terengganu telah
membuntingkan anak tiri sendiri sehingga melahirkan anak.
Sumber yang mereka guna pakai untuk menyebarkan berita tersebut
datangnya dari seorang pemimpin PAS, Kamaruzaman Abdullah yang dipanggil
oleh totok PAS sebagai USTAZ dan kini adalah Naib Ketua Dewan Pemuda
PAS Terengganu.
Kamaruzaman mendedahkan perkhabaran tersebut dalam ceramahnya di satu
program politik anjuran PAS yang diadakan di Kampung Banggol Binjai,
Tepoh. Menurutnya berita aib tersebut diperolehinya hasil bisikkan
seorang anggota polis semasa dia sedang berhari raya di Balai Polis
Kuala Berang. selanjutnya
jika kita membuka aib org, Allah akan buka aib kita pula...org2 beragama seharusnya berakhlak lebih mulia drp org biasa
ReplyDelete