Aku baru saja bertanya siapakah pemilik Jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar dan pemimpin PKR. Anwar kata seorang kawan yang bagi pinjam tanpa apa apa kepentingan.
Hebat bila terjawab dalam TV3 dan juga blog omak kau sila lihat link . Dato' Taufek Omar kata jret itu milik syarikat beliau. Setahu TB yang memeng kenal Dato Taufek , dia ada seorang partner yang merupakan bekas setiausaha akhbar kepada Anwar Ibrahim dan juga merupakan bekas setiausaha akhbar seorang menteri di sebuah kementerian di zaman Pak Lah yang di arah berhenti 24 jam apabila akhbar STAR mendedahkan setiausaha menteri kerajaan ini berada di German dan menjadi jurucakap kepada Anwar ketika Anwar menjalankan pembedahan sedangkan beliau masih bertugas dengan menteri kerajaan ini.
Siapa Dato' Tuafek Omar ini ? kenapa dia berkawan dengan Anwar ? siapa partner Taufek ? siapa lagi yang pernah Taufek berikan khidmat percuma menggunakan jet ini dahulu ? Siapa kroni besar dan apa projek Taufek sebelum ini ? TB mengenali Taufek ini secara peribadi. ikuti penulisan TB seterusnya.
TERBARU! Ahli Perniagaan Mengaku Sewakan Jet Peribadi Untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim?????
Media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet peribadi milik syarikatnya kepada Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.
Pengakuan tersebut sekaligus telah memalukan bloggers pro-UMNO/BN yang sebelum ini memfitnah dan menipu kononnya jet tersebut disewa dari Amerika Syarikat dan dibiayai oleh George Soros dan puak-puak Yahudi.
BUTIRAN JET PERIBADI YANG DIGUNA OLEH DSAI DAN ROMBONGAN KE-LABUAN
1. Dassault Mystere Falcon 900
2. No Pendaftaran N990BB
3. Mula beroperasi di Subang sejak Februari 2012.
5. 'Pemilik' - 'Ajen Tempatan' - 'Operator' : Dato Mohamad Taufik bin Haji Omar, Pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Presiden Malaysian Judo Association.
No comments:
Post a Comment