Sempat juga TB tanyakan Zed Zaidi yang mendakwa wujud’nya artis yang dibayar untuk memburukkan kerajaan sedia ada. Menurut Zed Zaidi lagi, ada selebriti yang melakukan aktiviti melibatkan politik secara sukarela sedangkan mereka tiada pekerjaan lain. Semuanya kerana imbuhan yang diterima.
TB nak cerita pasal apa yang dikatakan oleh Zed kepada mStar Online hari ini, Zed Zaidi dedahkan segelintir selebriti yang kini aktif berpolitik menerima imbuhan puluhan ribu ringgit ketika hadir ke program atau ceramah.
Apa yang di ceritakan oleh Zed pada TB semalam samalah seperti yang dilaporkan oleh blog Rotikaya ini.
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis yang cenderung kepada parti politik tertentu mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.
“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program atau ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” kata Zed Zaidi.
Selain bermotifkan politik & wang, Zed Zaidi juga mendakwa ada segelintir artis yang berhijrah hari ini semata mata untuk menutup kisah hitam yang di’lakukan dahulu.
“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis,” tambah Zed Zaidi lagi.
No comments:
Post a Comment