Monday, September 17, 2012

Petanda Besar Kiamat: NASA Sahkan Matahari Sudah Terbit Dari Barat


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa. 

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

3 comments:

  1. Itu janji Allah, kiamat akan tiba. Apa yg kita dengar drp tok2 guru ianya akan berlaku pada 10 muharam jatuh pada hari Jumaat. sekiranya 10 muharam bersamaan hari jumaat. kiamat akan berlaku apabila dah tiada orang mukmin di dunia ini. bermakna org kafir yg tinggal. ya Allah, engkaulah maha pengampun maka ampunkanlah semua dosa-dosaku, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika kita umat manusia dah tau kiamat dah dekat elok lah kita bertaubat sebelum kiamat tiba itu bermaka kia dah sedia menempuh ujian yang Allah dah berikan .........:-(

      Delete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts