Wednesday, September 26, 2012

Malangnya Nik Aziz dan penganut PAS lebih percaya pada Khalifah Omar (Guan Eng) dari Ustaz Nasharudin Ejen UMNO


 

Pastinya Nik Aziz akan lebih percaya Lim Guan Eng dari Nasharuddin Mat Isa , sebab nya aku tak pasti apakah Lim Guan Eng lebih tinggi  tarafnya dari Ustaz Nasharuddin dalam Islam PAS yang pernah di gelar sebagai Khalifah Omar oleh penganut PAS.

Jumud jumud PAS juga akan menyebelahi Guan Eng apabila Guan Eng menggunakan  dua senjata  panik mereka dengan mengatakan bahawa Nasharuddin adalah ejen UMNO . 

Bagi mereka mudah saja. jika tidak boleh jawab atau tertekan hanya jawab "the election is around the  corner " terlalu banyak sudah  jawapan seperti ini yang di jawab oleh pemipin Pakatan Rakyat sekarang. Kemelut antara DAP dan PAS berhubung perlaksanaan hukum hudud makin berpanjangan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini menggelar Nasharudin Mat Isa sebagai 'ejen Umno'.

PAS takut untuk menyingkirkan  Nasharuddin  dan inilah  cara mereka mahu menjatuhkan kredibiliti Nasharuddin dengan menggunakan  DAPig menyerang Nasharuddin. Pastinya tidak ada siapa yang akan pertahankan Nasharuddin. ::TB

GUAN ENG ENGGAN MINTA MAAF DAN GELAR NASHA EJEN UMNO

Sambil menyifatkan bekas Timbalan Presiden PAS itu sebagai seorang yang tidak konsisten, Lim sekali lagi menegaskan bahawa DAP kekal dengan pendirian untuk menolak hukum hudud. "Beliau memang sudah tahu (pendirian DAP).

Semasa jadi Timbalan Presiden PAS beliau tahu mengenai pendirian kita dan ketika itu tak ada masalah. "Mengapa bila sudah tidak jadi (timbalan presiden) baru wujud masalah. Cakap macam ejen Umno pula," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Ditanya mengenai gesaan Nasharudin agar beliau mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana secara konsisten mencampuri prinsip dan asas perjuangan PAS terutamanya berkaitan perlaksanaan hukum hudud, Lim bagaimanapun mengelak daripada memberikan sebarang komen.

Selain itu Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sekali lagi mengulangi pendirian senadanya dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menolak hudud.

"Kalau nak tanya tentang pendirian, kita amat jelas dengan pendirian ini (tolak hudud) sepanjang masa. Ia amat konsisten, maka tak ada apa-apa perkara baru mengenainya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts