KUALA
 LUMPUR - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti 
Oxford, Sufiah Yusof,23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.
 Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan 
Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek 
yang dihubungi Harian Metro, semalam. 
Untuk mengesahkan perkara 
itu, Hanafi berkata,pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi 
ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi 
terbabit dengan kegiatan itu.
“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan
 kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar 
kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia 
betul-betul menyesal dengan perbuatan itu. 
“Kami juga ada 
menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan 
mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” 
katanya.
Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the 
World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah 
kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet 
dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.
Wanita 
itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di 
laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan
 baju-T.
Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah 
menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam 
bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.
Sufiah
 yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan 
terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan 
menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk 
membayar sewa.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, 
Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman 
kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan 
wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.
Pendedahan
 akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari 
Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis 
berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.
Mengulas
 lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan 
gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. 
"Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).
“Sungguhpun
 begitu, saya gembira dengan perkembangan positifditunjukkan Sufiah dan 
menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada 
Allah,” katanya. 
Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah 
menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.
 Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England 
untuk bertemu Sufiah.
jom klik ini sekali
jom klik ini sekali
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment