Thursday, September 27, 2012

Kenapa Dato' Taufek nak tikam kerajaan sedangkan dia banyak dapat kontrak kerajaan ??

Aku tidak terperanjat semalam apabila mendengar berita bahawa orang yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim sebagai kawan yang memberi pinjam jet peribadi adalah Dato' Taufek Hj Omar seorang ahli perniagaan yang aku kenali sewaktu aku bertugas sebagai pegawai khas Dato' Seri Azalina di Kementerian  Belia dan Sukan kerana Taufek tidak asing kepada kami kerana pejabat Kementerian Belia dan Sukan itu bagaikan  rumah kedua bagi Taufek. Aku pernah keluar negara   bersama mereka,  London, Switzerland dan Hungry

Taufek juga banyak yang dapat kontrak dari KBS untuk menerbitkan akhbar sukan yang menjadi kontreversi ketika itu dan dipertikaikan oleh sesetengah penerbitan, Akhbar yang diberikan percuma dan mendapat bayaran yang besar dari KBS. Taufek juga  terlibat dalam banyak projek projek Azalina termasuk lah sukan Badminton Malaysia Open, Tenis dan banyak lagi yang tidak perlu aku huraikan di sini, akan aku huraikan pada satu ketika nanti.

Taufek punya seorang rakan niaga, yang tidak perlu saya sebut nama di sini kerana namanya tidak di sebut lagi. Cukup sekadar , beliau adalah bekas  setiausaha akhbar  Anwar Ibrahim dan kemudian di ambil bertugas di Kementerian Belia dan Sukan selaku setiausaha akhbar Azalina. Malangnya beliau diarah berhenti 24 jam apabila sebuah akhbar menyiarkan berita bahawa beliau menjadi jurucakap Anwar di sebuah klinik di German ketika Anwar menjalankan pembedahan.

Namun setiausaha akhbar Anwar ini tidak  terputus hubungan dengan Anwar malahan bertambah rapat kerana  menjalankan perniagaan selaku partner pula kepada Taufek. Malahan ramai  kunco kunco Anwar Ibrahim seperti Syed Hood  dan beberapa orang lagi bermaharajalela di KBS .

Rengkaskan cerita , arrangement jet peribadi yang bawa Anwar berkempen  ini aku rasa bukan nya  terus dari Dato' Taufek tetapi dari seseorang yang rapat dengan Anwar yang juga rapat dengan Taufek. Aku juga tak faham kenapa Taufek mahu membantu Anwar berkempen . Beliau seorang ahli perniagaan yang banyak mendapat tender dan kontrak dari kerajaan . Ada juga cerita yang mengatakan bahawa rakan kongsi Taufek ini gebang kehulu hilir rapat dengan Isteri PM dan  ada kaitnya dengan membawa masuk bintang bollywood.

Mereka sudah cukup kaya di zaman Azalina menjadi menteri belia dan sukan , tak patutlah kalau  Dato' Taufek mahu menikam kerajaan dengan memberikan Anwar Ibrahim jet peribadi untuk berkempen. Ikuti tulisan saya seterusnya untuk memahami jalan cerita ini. HARAP DATO' TAUFEK DAPAT MEMBERIKAN PENJELASAN  AND  WE TAKE  ONE AT A TIME.

* ADA YANG MENYANGKA NAMA SYED HOOD YANG PENULIS TULIS DIATAS SEBAGAI  SYED HOOD MANTAN AHLI PARLIMEN PARIT SULONG : SEBENARNYA YANG PENULIS MAKSUDKAN BUKAN LAH MANTAN AHLI PARLIMEN  PARIT SULUNG DAN TIDAK LANGSUNG ADA KAITAN DENGAN SYED HOOD BERKENAAN. MAAF ATAS KESULITAN.

4 comments:

  1. Sy malam tadi mentelaah gambar gambar kenangan semasa di KBS dulu. Banyak juga gambar yang saya ada. seronok tgk gambar gambar ini.Gambar semasa nak ke Langkawi dgn b ss dan family. dll. salam buat teman teman, yg sudah mula antar email kpd saya.

    ReplyDelete
  2. kita lama bkwn..mai bantu parti...jgn rosakkan nama parti yg baik, jgn roskkan masa depan anak2 kita...bila u kait2kan nama, x usul periksa, kan x baik utk parti..azlanjabar aj

    ReplyDelete
  3. Satu kolam tak cukup air ka ??? kena mandi dua kolam no... ha padan muka kena mandi ngan..............

    ReplyDelete
  4. Smlm dgr cerita kat parlimen , tah betul tah tidak tapi katanya dua orang yg empunya jet kena tiaw kaw kaw punya ngan DS..

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts