Monday, September 3, 2012

PANAS: Tamrin jangan nak burukkan nama Allahyarham Tun Ghafar Baba

Ghafar Baba nak tubuh parti baru selain Umno

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Ghafar Baba mahu menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau kecewa dengan Umno yang didakwanya telah lari dari perjuangan asal.

Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Khamis lalu.

“Lebih 10 tahun sebelum Pak Ghafar meninggal, beliau berhasrat menubuhkan sebuah parti lain selain dari Umno. 
“Fasal Pak Ghafar tengok Umno tidak boleh pergi lagi dah. Dia telah menyiapkan perlembagaan parti dan dia bincang dengan saya. 
“Dia bincang dengan saya tetapi saya tentang…saya kata u dah umur meningkat, 70 tahun lebih. Kita duit pun tak ada, jentera pun tidak ada. 
“Jauh dari TV, surat khabar, kita tak ada. Dulu Tengku Razaleigh (Semangat) 46 mati tidak tahan. Bagaimana kita nak lawan, kita lupakan saja,” kata Tamrin.
Menurut bekas ahli Parlimen Batu Berendam itu berkata, beliau kini menyambung perjuangan ayahnya.

Ghafar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri dari 1986 hingga 1993 meninggal dunia pada 23 April 2006 pada usia 81 tahun.

Dalam ceramahnya, Tamrin mendakwa Perdana Menteri sekarang merupakan kawan baik beliau, tetapi menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbelanja mewah untuk membeli undi bagi menghadapi pilihan raya.

`Beli undi’

Katanya, Najib melakukan seperti semasa beliau bertanding Ketua Pemuda dan Naib Presiden Umno dulu.
“Dia beli undi macam dia bertanding Ketua Pemuda, bertanding Naib Presiden Umno. Saya ingat Pemuda diberi kad kredit BSN masa tu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jadi pengerusi. 
“Macam mana pegawai-pegawai beri duit kepada Pemuda untuk sokong dia (bertanding Ketua Pemuda), begitu juga untuk Naib Presiden Umno,” dakwa Tamrin lagi.
Kata Tamrin lagi, negara diambang bangkrap ekoran perbelanjaan Najib secara berleluasa menjelang pilihan raya.

Beliau mendakwa, wang dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan bagi tujuan tersebut.

Tamrin juga membidas Najib menggunakan wang kerajaan untuk majlis sambutan hari jadi serta pertunangan anak perempuannya.
“Saya seronok Najib naik. Najib ni kawan baik saya masa sama-sama dalam Pemuda Umno, masa Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
“Tetapi tak sampai empat tahun memerintah, Tun Dr Mahathir kata rasuah lebih teruk. Hari ini Najib kelam kabut, buat apa pun tak kena,” tambah beliau lagi.- FMT
 sumber: klik sini
TB : Boleh percaya ke apa yang Tamrin katakan ini. Apakah Tamrin seorang yang bijak, berjuta pun harta  peninggalan habis macam itu saja.Apa saja business buat tak jadi,Kenapa  baru sekrang Tamrin  mahu dedahkan perkara ini setelah terdesak dan tersemopit  dan terasa susah sikit hidup. Sebelum ini kenapa tak dedahkan..... Kalau dah tak suka itu macam macam lah..Eloklah Tamrin jangan busuk kan nama Tun Ghafar yang kami sanjung dan hormati. Seorang yang penyabar dan  matang serta baik budi pekertinya. Kalau nak busuk nama , busuk aja lah sendiri.

1 comment:

  1. kenapa baru skrg buat cite dalam ceramah jee...

    pelik kenapa tak cite arwah ayah dia yg kena hina, keji dulu oleh org yg dia sanjung sekarang ni..??

    kalau dia ni nak jilat balik.. jilatlah sepuas2nya tapi jgn babitkan arwah bapa awak.. jgn menyusahkan arwah bapa awak dgn politik kotor tu.. kan lebih baik sedekahkan al fatihah

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts