Siapakah sebenarnya
Datuk Ravi Dharan Chairman Daya Group Of Companies, sahabat karib Anwar
Ibrahim yang menjadi jambatan buat Ketua Umum PKR ini pelbagai urusan
perniagaan di Indonesia...?
Apakah pula kaitan Datuk Ravi dengan persoalan Siapa Dalang Jembalang Dibelakang Deepak Jaikishan..?
Semalam, Blog MIK
memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu
menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya
Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.
Saudagar permaidani
bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah
Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli
barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk
Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.
Adat resam berniaga, ada
kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan
sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.
Begitulah juga nasib
yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan
dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH].
Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah
didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!
Menurut semakan pihak
KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah
seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan
tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan
seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai
proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan
teliti...
Hasil siasatan pihak KFH
mengesahkan memang ada berlaku unsur penipuan dan pihak KFH telah
bertindak menahan baki kemudahan pinjaman yang seharusnya berikan kepada
Deepak yang masih belum dikeluarkan...
Deepak perlu membayar pinjaman yang sudah beliau terima sebelum itu dengan bayaran besar, mencecah jutaan RM sebulan....!
Apabila Deepak gagal
menjelaskan bayaran bulanan maka ianya kini menjadi hutang kepada pihak
KFH, maka Saudagar Karpet ini terpaksa berdepan dengan tindakan Mahkamah
sehingga menjurus kepada proses Bankrap oleh pihak KFH.
Sudah jatuh ditimpa
tangga.....! Difahamkan apabila ada unsur penipuan dalam usaha Deepak
sewaktu menerima pinjaman,maka pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri
LHDN juga turut menyiasat syarikat milik Saudagar Karpet ini. Pihak
SPRM dan LHDN telah merampas semua fail fail yang berkaitan dengan
siasatan dari pejabat Deepak.
Sewaktu pihak
penguatkusa SPRM dan LHDN berada di pejabatnya, Depak telah bertindak
menjual nama Datin Paduka Seri Rosmah... Beliau telah menalipon Rosmah
didepan beberapa pegawai SPRM dan LHDN sambil bercakap dengan nada yang
kuat suara lantang.... Niatnya mahu menunjuk-nunjuk didepan pegawai SPRM
dan LHDN kunuunnya beliau punyai "kabel besar" boleh menghubungi isteri
Perdana Menteri.
Bermula dari saat itu, Rosmah telah menghentikan sebarang perhubungan dengan Saudagar Karpet ini kerana terbukti manusia seperti Deepak ini hanya mahu menyalahgunakan kedudukan dan hubungannya dengan isteri Perdana Menteri itu...
Malah Deepak semakin menggila mahukan Najib arahkan pihak KFH melepaskan baki pinjaman yang beliau sepatut perolehi...
Ada pihak yang
memberitau Deepak agar segera rujuk kepada Anwar Ibrahim.... Anwar
selaku bekas Menteri Kewangan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat
dengan pihak Institusi Kewangan sekitar negara negara Timur Tengah dan
dijangka dapat membantu Deepak menyelesaikan masalah yang sedang
dihadapinya.
Perkara tersebut dihidu
oleh Nurul Izzah.... Maka bermulalah perhubungan antara Izzah dengan
Deepak. Anak kepada Anwar itu cuba mengaturkan pertemuan untuk mereka
duduk membincangkan masalah Deepak.
Akhirnya, Deepak telah
dibawa bertemu dengan Anwar. Buku bertemu ruas... Satu pihak sedang
sesak nafas untuk bernyawa, satu pihak lagi memang menanti peluang untuk
membaham mangsa..!
Pertemuan telah diadakan beberapa kali dan salah satu pertemuan mereka berlangsung di rumah Datuk Ravi Dharan, sahabat karib Anwar Ibrahim...!!
Pertemuan telah diadakan beberapa kali dan salah satu pertemuan mereka berlangsung di rumah Datuk Ravi Dharan, sahabat karib Anwar Ibrahim...!!
Seperti yang
dijangkakan, Anwar berjanji mahu menolong Deepak. Sebagai permulaan,
Ketua Umum PKR itu telah meminta peguam, R Sivarasa menolong Deepak
berhubung kes Mahkamah yang sedang dihadapinya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd atas urusan perniagaan.
Anwar menunjukkan
kesungguhan untuk membantu Saudagar Karpet itu.. Beliau mengarahkan
Sivarasa melakukan apa sahaja asalkan cita cita mahu menjatuhkan Najib
dan Rosmah akan tercapai...!
Apa lagi....! Maka drama
pun bermulalah.... Sivarasa telah meminta Deepak bercakap mengikut
skrip yang beliau telah sediakan. Sementara itu, peguam PKR ini
mengambil peluang diatas hubungan baiknya dengan SUARAM dan
Malaysiakini. Satu sesi wawancara diantara Deepak dengan Malaysiakini
telah diadakan. Wawancara berkenaan disiarkan semasa PAU 2012
berlangsung dengan niat untuk menghuru-harakan UMNO dan merosakkan nama
baik Najib dan Rosmah sewaktu PAU 2012 sedang berlangsung...
Begitulah Modus Operandi niat jahat hati busok makhluk bernama Anwar Bin Ibrahim....! Nampak jelas bukan...?
Nantikan sambunganya....! Ada lagi bukti yang lebih menarik akan menyusul kemudian....
No comments:
Post a Comment