Tuesday, December 18, 2012

KL Bike Week 2012 Kembali Lagi Dengan Pelbagai Aktiviti PAda 21 Dan 22 Disember nanti

bikeweek


Perhimpunan motor berkuasa tinggi iaitu KL Bike Week 2012 , bakal muncul lagi , semenjak tahun lepas perhimpunan motor-motor besar yang diberi nama KL Bike Week ini mula membuka kepada semua jenis motor yang berkuasa kecil juga.

Bakal berlangsung di kawasan letak kereta , Jalan Pinang pada 21 dan 22 Disember ini akan turut menampilkan artis-artis seperti Awie , Zizan Razak , Bront Palarae dan juga Amerul Affendi malah akan juga diadakan konsert percuma bersama kumpulan Dead Mushroom , Koffin Kanser dan Gerhana Ska Cinta .

Keunikan penganjuran KL Bike Week 2012 kali ialah dengan pelancaran secara rasmi filem Bikers Kental arahan Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul pada hari kedua

Menurut kenyataan Pengarah Urusan Red Garage Enterprise Muhd Idi Iskandar Abu Zahar , beliau berkata Ini adalah satu kelainan pada penganjuran KL Bike Week 2012 apabila buat pertama kali pelancaran filem diadakan yang kebetulan judul filem berkenaan sesuai dengan program ini.

Malah sambung beliau "Kami memilih Zulfahmi untuk ditampilkan sebagai tetamu khas adalah kerana kejayaannya sebagai pelumba motosikal dan kehadirannya itu nanti mampu memberikan inspirasi kepada pengunjung terutama golongan muda,"

Yang mana pelumba moto GP negara iaitu Zulfahmi Khairuddin akan turut serta dalam sesi bertemu peminat .

Acara yang boleh dikatakan sebagai festival motor besar ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan motor tercantik, hasil seni cat terbaik, jualan lelong pelbagai barangan dan lebih 100 gerai jualan termasuk daripada Singapura serta Brunei.


Artis Popular Jayakan KL Bike 2012

 

Antara artis yang akan menjayakan KL Bike 2012.



KUALA LUMPUR: Penganjuran KL Bike 2012 bakal diserikan dengan penampilan istimewa artis-artis menerusi sebuah acara yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember ini.
Ia akan diadakan di kawasan letak kereta, Jalan Pinang dekat sini.

Pengarah Urusan Red Garage Enterprise, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar berkata, selain persembahan artis, pihaknya juga akan mengadakan majlis pelancaran filem Bikers Kental arahan Helmi Yusof terbitan Tayangan Unggul pada hari kedua acara itu.

"Ini adalah satu kelainan pada penganjuran KL Bikers 2012 apabila buat pertama kali pelancaran filem diadakan yang kebetulan judul filem berkenaan sesuai dengan program ini.

"Ia bakal menjadi tarikan kerana artis-artis yang terlibat antaranya Awie, Zizan Razak, Bront Palarae dan Amerul Affendi turut akan memeriahkan majlis itu nanti," katanya ketika ditemui pada sidang media KL Bikers 2012 di sini pada Khamis.
 
Rashidi Ishak bersama kumpulan muziknya Dead Mushroom akan turut serta.

Dalam pada itu, Muhd Idi berkata, apabila penganjuran tahun kelima acara itu bakal menyaksikan penampilan istimewa daripada pelumba tempatan tersohor Moto GP, Zulfahmi Khairuddin bagi sesi bertemu peminat.

"Kami memilih Zulfahmi untuk ditampilkan sebagai tetamu khas adalah kerana kejayaannya sebagai pelumba motosikal dan kehadirannya itu nanti mampu memberikan inspirasi kepada pengunjung terutama golongan muda," katanya.

Sementara itu, beberapa program baru telah diperkenalkan seperti pertandingan motor tercantik, hasil seni cat terbaik, jualan lelong produk dan 100 buah gerai jualan termasuk penyertaan dari Singapura serta Brunei.

Tambah Muhd Idi, artis lain yang turut tampil dalam acara yang diadakan secara percuma itu seperti KoffinKanser, Gerhana Ska Cinta dan Dead Mushroom.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts