Thursday, December 13, 2012

Tangguh Syarat Lesen Salun, Bukti PAS Hamba Abdi DAP

pas_dayus
SELEPAS dari ini penulis harap balaci PAS elok cermin muka dululah sebelum buka mulut dan cakap soal Islam ya.

Ini berikutan keputusan kerajaan Kelantan menangguhkan dengan serta merta penguatkusaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam di Kota Bharu, menunjukkan kuatnya pengaruh DAP dalam hal ini sehingga di negeri dimana PAS berkuasa 22 tahun pun DAP boleh menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat.

Semua ini berlaku setelah ada cina DAP mengugut untuk membawa MPKB ke mahkamah kerana mengeluarkan kompaun akibat melanggar peraturan sebelum ini yang melarang pengusaha salon dari memberi khidmat berlainan jantina.

Maksudnya disitu, perempuan tak boleh gunting rambut lelaki, vice versa. Kita kata DAP sebab beberapa pemimpin DAP ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini, antaranya Karpal Singh.

 Masa itu pemimpin PAS nampak macam bagus mintak Karpal jangan komen dan sebagainya, tau-tau depa tarik balik penguatkuasaan peraturan tersebut. Betul punya dayus. Benda macam inipun PAS tak boleh nak pertahankan, apa cerita soal perlaksanaan hukum Islam yang lebih besar lagi macam hudud?

Itu pasal penulis kata orang PAS ini bodoh, terang dan jelas macam ini punya kelemahan pun mereka masih puja dan puji tuk guru PAS yang rata-rata bertuhankan politik, bukan Allah swt seperti yang di dakwa. Semua ini berlaku setelah PAS bekerjasama untuk menubuh kerajaan dengan DAP, tidak nampak alasan lain. Kita dah lama sebut, PAS tidak ada kredebiliti.

Parti ini hanya pandai guna agama untuk dapat undi di kalangan orang Melayu.  Demi kerjasama dengan DAP yang jauh lebih sekular dari UMNO, PAS sanggup buat apa saja pun dan sediakan alasan bodoh untuk penganutnya hadamkan.

Sekilas lalu penulis dapat baca ada penyokong PAS yang masih tidak mahu nak mengaku kelemahan parti berlambangkan bulan tersebut, cuba mengalihkan isu dengan mengatakan “sekurang-kurangnya PAS berani nak melaksanakan undang-undang Islam”.

Nak menangis pun ada baca alasan tak sedar diri ini, setakat berani sekejap, selepas tu tangguh perlaksanaan undang-undang terus setelah ditempelak DAP, berani apa najisnya itu?

Agaknya balaci ini lupa, perkara ini berlaku di negeri dimana 90% penduduknya adalah Melayu beragama Islam, itupun PAS tak boleh nak pertahankan juga?

Memalukan. Apa gebang lagi di Malaysia yang lebih kompleks komposisi kaumnya.  Tidak hairanlah kenapa peraturan-peraturan yang so called “Islamik ini macam pengasingan jantina dan pengharaman nombor ekor, hanya berlaku di Kelantan.

Di Kedah, Selangor apatah lagi Pulau Pinang, haram tak dengar cerita dan khabar. Dahlah, jangan disokong parti yang memperalatkan agama ini lagi, sokong sajalah UMNO/BN.

Adamyan : Mykmu.net

1 comment:

  1. Cakap berdegar-degar...
    Kena ingat tu....
    Baru di uji sikit pun tak boleh buat...
    Salah tetap salah...
    Yang betul jangan disalahkan...
    Kita tahu pasti jawapan dari puak di sana adalah mereka bukan beragama Islam. Nak tangkap kenalah ada perancangan. Tangkaplah semasa dia gunting rambut orang Islam....
    Itu pun nak kena ajar ke....Opsss....takut orang PAS yang gunting ya....terkena keroni susah pulak nak jawab dengan UMNO.
    Tak yah risaulah orang UMNO tak tanya pun...
    Alam akhirat ja nanti semua kena tanya...

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts