Thursday, December 13, 2012

Raja Gopal Tak kesah Terima Layanan Macam Team estate : Tapi..... ???

 Datuk K Rajagobal
Datuk K Rajagobal BANGKOK - Layanan buruk yang diterima oleh pasukan Malaysia pada sesi latihan semalam tidak akan melemahkan semangat pemain negara apabila menghadapi Thailand pada saingan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di sini, esok, kata ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Beliau berkata skuad Malaysia, yang digelar Harimau Malaya, perlu memikirkan secara positif dan berazam memenangi perlawanan esok, sebagai laluan untuk mempertahankan kejuaraan yang dicapai pada 2010.

"Ia memang satu perlawanan yang sukar tetapi tiada apa yang mustahil," katanya pada sidang media pra perlawanan di hotel penginapan pasukan di sini hari ini.

Rajagobal berkata sesi latihan tidak berjalan lancar selepas tuan rumah menyediakan padang yang kurang sempurna di mana pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal menyifatkannya sebagai 'bendang' kerana ia telah dibanjiri.

Beliau berkata mana-mana jurulatih ingin melihat latihan pasukan mereka berjalan lancar tetapi peluang itu dinafikan semalam.

Jurulatih itu berkata pasukannya akan bermain bermati-matian untuk menang dan bukan semata-mata mencari keputusan seri esok.

Thailand dan Malaysia terikat 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Mengikut format perlawanan Piala AFF Suzuki, keputusan seri tanpa jaringan esok akan menafikan Malaysia peluang ke final manakala seri 1-1 akan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Manakala keputusan seri 2-2 akan menjamin laluan Malaysia ke final.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Winfried Schaefer yakin persembahan pasukannya tidak akan terganggu dengan larangan beliau berada di bangku simpanan di Stadium Supachalasai di sini esok.

Schaefer, yang dibuang padang oleh pengadil pada aksi separuh akhir pertama, mempertahankan tindakannya dengan mendakwa beliau menjerit untuk memberi arahan kepada pemainnya dan bukan memarahi pegawai perlawanan.

Dalam pada itu, pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) telah memohon maaf kepada pasukan Malaysia atas kemudahan padang latihan diberikan semalam.

Pasukan teknikal AFF yang memeriksa padang latihan itu tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya sebelum membenarkan padang itu digunakan untuk sesi latihan skuad Malaysia. -
 
TB : Malam ini Malaysia akan menjaringkan 1 gol di minit  ke 93 untuk membalas layanan  Estet kamu.

2 comments:

  1. harap2 bersbar dgn layanan mereka!!!!

    ReplyDelete
  2. Kadang kadang tertanya tanya jugak.... Kita ni.... baik sangatka atau bodoh sangat...? Depa datang kita layan macam raja .... kita pegi kat tempat depa.. depa buat macam hamba....

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts