 
 KANGAR – ” Saya menerima panggilan dari kawan baik saya mengatakan gambar saya dan keluarga saya telah diutarakan dalam facebook milik individu tidak dikenali. Individu tersebut menggunakan akaun facebook “ Norhashimah Mohamad”.
” Jelas sekali selepas 
melihat akaun tersebut Itu Bukan Facebook Saya, Gambar saya telah 
disalah guna oleh pengodam. Saya bukan pegawai polis dan tidak pernah 
bekerja di bawah PDRM” Kata Zakiah Bt Musa – Pemilik sebenar gambar.
Setelah mengetahui hal 
sebenar saya membaca artikel yang dilihat dapat menjatuhkan maruah saya 
dan pihak terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia. Artikel tersebut 
berbunyi :-
“Saya 
Norhashimah Mohammad sekali lagi telah diugut oleh boss atas ditempat 
saya bekerja iaitu Jabatan Polis Diraja Malaysia…jika saya terus 
menyokong parti pembangkang, saya akan ditukarkan tempat kerja samaada 
ke Sabah atau Sarawak. Ugutan itu disampaikan melalui sepucuk surat yang
 diletakkan diatas meja saya..
Saya dengan ini 
menegaskan saya tidak akan berganjak walau seici pun pendirian saya 
terhadap sokongan saya kepada parti pembangkang khususnya parti 
PAS…walau diugut bunuh sekalipun..tahniah kepada boss dibalai tempat 
saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri.
Dan disini saya 
ingi tegaskan ..kepada semua rakan-rakan dibalai tempat saya 
bertugas..semua kelakuan dan kerja buat kamu semua semasa dalam 
tugas..ada dalam simpanan saya..jadi kamu semua jangan nak enjoy dan 
rasa seronok sangat bila melihat saya mendapat warning letter…”
Selepas melihat gambar 
saya telah disalahguna, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan 
polis demi menjaga maruah saya dan juga pihak polis diraja Malaysia. 
Menyedari artikel yang dimuat turun tersebut adalah lebih bertujuan 
menjatuhkan kredibiliti pihak polis diraja Malaysia. Ia juga jelas 
membuka ruang kepada pihak parti-parti politik yang terlibat saling 
menuding jari dan sekaligus memberi kesan negative kepada organisasi.
Saya mengambil 
kesempatan bagi menafikan segala penglibatan atau penggunaan gambar dan 
akaun facebook dalam laman sesawang facebook. Individu yang tidak 
dikenali tersebut juga dilihat membuka satu akaun fan page Norhashimah 
Mohammad bagi memberi gambaran buruk terhadap pihak yang terlibat.
Begitulah luahan 
perasaan dan kebimbingan Zakiah Bt Musa pemilik sebenar gambar yang 
telah salah guna dalam laman sesawang facebook. Beliau yang berkhidmat 
sebagai jururawat desa di Rumah Seri Kenangan, Jejawi Perlis.
Beliau juga sangat 
berharap agar pihak berwajib menyiasat individu atau kumpulan yang 
terlibat dalam penyalahgunaan gambar beliau yang boleh menjejaskan 
kerjaya beliau dan keluarga serta pihak polis khususnya. (blog 
sel13.com)
SEMENTARA ITU, Harakahdaily.com
 melaporkan semakan mereka ke atas akaun Facebook yang dimilki oleh 
Norhashimah Mohammad ini sudah tidak ada lagi.
Harakahdaily 
dengan itu  menarik balik berita yang disiarkan sebelum ini dan memohon 
maaf kepada pihak yang berkenaan termasuk pasukan polis.
sumber : sini
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Zaman Fitnah spti yg di khabarkan Nabi muhammad S.A.W..
ReplyDelete