Thursday, December 13, 2012

KITA BOLEH TERIMA KEKALAHAN TETAPI MENGHARAMKAN PENGADIL

Tidak perlu  kita rasa kecewa kerana kalah kepada Thailand sebuah pasukan yang lebih mantap dan lebih  bersedia dari pasukan kita yang  digandingkan sebagai sebuah pasukan di minit akhir setelah semua ekperimen selesai.

Mutu pengadilan begitu berat sebelah bagaikan mahu menyusun kekalahan  Malaysia dan akhirnya kita terpaksa terima hakikat tewas apabila bermain hanya dengan sembilan orang pemain sahaja. Rentak permainan kita kucar kacir setelah kehilangan seorang pemain. Pasukan kita  bagaikan bermain dengan 13 pemain Thailand .

Tahniah kepada penjaga Gol Malaysia kerana bermain dengan baik dan dua gol yang dilepaskan  adalah gol yang sememangnya sukar untuk diselamatkan. Nampaknya kita terpaksa menerima hakikat dan menelan kekalahan ini walaupun pahit. 

Apa apa pun kita boleh menerima kekalahan ini tetapi tidak mungkin menerima lagi  pengadil dari Korea ini yang begitu ketara  mahu melihat pasukan kita kalah dan tentu sekali dia  diharamkan untuk masuk ke mana mana padang bola di Malaysia selepas ini atau mungkin  tidak akan menjadi pengadil lagi sekiranya pasukan Malaysia  ada bermain dalam pertandingan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts