CERITA Deeepak ni
sebenarnya bukan susah sangat nak faham. Plot sebenarnya satu je, nak
burukkan Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah, UMNO dan kerajaan. Selain
nak hidupkan semula kisah Altantunya yang semakin pudar dari hari ke
hari.
Kisah sebenarnya cerita Deepak ini ialah
masalah dia dengan Raja Ropiaah, berhubung pembelian tanah, itu sahaja,
tak lebih tak kurang.
Apa kaitan lain yang cuba
ditimbulkan pembangkang adalah kaitan yang dibuat-buat, contohnya
mengaitkan kes Deepak ni dengan pembunuhan Altantunya, takde kaitan pun.
Begitu juga tindakan mengaitkan kes Deepak ni dengan NFC, pun sama,
takde kaitan langsung.
Pembangkang sengaja tokok tambah nak bagi
panjang cerita yang sebenarnya pendek saja. Pokok pangkalnya yang
semua orang perlu tahu, ini soal jual beli tanah antara syarikat Deepak
dengan Raja Ropiaah.
Yang jadi fancy pada cerita
ni ialah tindakan Deepak cari pembangkang untuk beri tekanan kepada PM
sebab PM tidak mahu masuk campur dengan urusan perniagaannya dengan Raja
Ropiaah. Buktinya ada pada surat yang ditulis syarikat Deepak kepada
Perdana Menteri yang memohon campur tangan, tapi tidak mendapat
perhatian pemimpin ulung negara tersebut.
Inilan masalah perniagaan, apa pulak
kepentingannya untuk Perdana Menteri masuk campur? Selesailah sesama
sendiri, kalau masih tak selesai juga, pergi mahkamah, selesai masalah.
Kenapa mesti nak tulis surat minta PM masuk campur?
Sudah tentu dalam hal ini, “cap jari”
Anwar ada di mana-mana. Yang paling menonjol ialah peguam yang dicari
Deepak untuk membantunya (sebagai ganti menyebarkan cerita tak baik
mengenai Rosmah) bernama R. Sivarasa, Naib Presiden PKR, yang juga orang
kuat Anwar zaman berzaman.
Ada banyak peguam dalam Malaysia yang
boleh dicari Deepak, tapi bila Sivarasa juga yang dipilih, dalam masa
yang sama Deepak bercakap tentang Rosmah, PM dan Altantunya, kita tahu
dah ini semua bukan kebetulan, tapi drama yang diarahkan oleh seorang
dan seorang sahaja – Anwar Ibrahim.
Mengaitkan pembunuhan Altantunya itu
sendiri adalah “cap jari” Anwar yang paling nyata. Kita perlu ingat,
Altantunya dan Scorpene adalah 2 kisah yang langsung tak berkaitan
dengan Perdana Menteri, tapi seboleh-bolehnya nak diadakan juga kaitan
oleh Anwar.
Dah merata dia pergi cuba menghidupkan
cerita ini balik, tapi sapinanya kononnya dah dikeluarkan kepada Perdana
Menteri dan individu tertentu, tetap tak nampak, perbicaraan yang
dikatakan sedang berlangsung di Mahkamah Perancis itupun, rupanya tidak
wujud.
Inilah hati busuk Anwar, tak habis-habis
nak mereka cipta cerita untuk memburukkan Perdana Menteri dan
keluarganya. Datang pulak peniaga karpet terdesak macam Deepak, umpama
bulan jatuh ke ribalah.
Tapi Anwar lupa, kita dah bersedia lama. Nama Rosmah timbul je, kita tahulah apa nak buat. Cari taktik lainlah Nuar ooi…
Mykmu.net
Mykmu.net
No comments:
Post a Comment