Monday, December 17, 2012

SHARNAAZ MAKI SHILA AMZAH DI TWITTER KERANA CEMBURU?


SHARNAAZ MAKI SHILA AMZAH DI TWITTER KERANA CEMBURU | Ramai sedia maklum, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad mempunyai perangai panas baran yang tidak terkawal dan bahasa yang sering digunakan agak kasar bunyinya.
Tetapi, apabila berhadapan atau melayan kekasih hatinya yang juga pelakon dan penyanyi wanita, Shila Amzah, Sharnaaz mampu menjadi lembut dan menjaga setiap tutur katanya.
Mungkin, tidak mahu mengguriskan hati insan yang Sharnaaz sayangi itu. Cerita-cerita mengenai mereka lebih banyak terarah kepada cerita yang negatif berbanding positif sejak mereka menjalinkan hubungan cinta.
Pun begitu, dua figura artis itu masih lagi mampu untuk bertahan dan menjaga hubungan mereka agar setiap badai yang melanda khususnya cerita-cerita buruk tidak menggugatkan ikatan kasih sayang antara mereka.
Ini kisah yang baru terjadi semasa berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2012 malam Sabtu lalu. Ketika Shila berada di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Lagu Terbaik, Shila ada mengatakan sesuatu.
“Saya lupa nak cakap terima kasih pada cinta hati saya, dia merajuk sebab saya nyanyi dengan Taufik Batisah tadi sebenarnya, saya tak tahu mana dia pergi,” kata Shila. 
Ramai yang beranggapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shila itu hanyalah gurauan semata-mata.
Namun, ada sesuatu yang tidak enak untuk dibaca di laman Twitter Sharnaaz.

Sharnaaz ada mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sepatutnya kepada Shila dan nampaknya Sharnaaz marah benar dengan kenyataan yang dibuat oleh Shila.
Namun, semalam, Sharnaaz telah memberitahu kepada umum kenyataan yang dibuatnya itu bukanlah dari dirinya. Sebaliknya, laman Twitternya telah digodam oleh orang lain.
Shila juga turut meminta maaf di atas gurauannya itu dan berharap orang ramai tidak menyalah tafsirkan perkara yang terjadi itu.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts