Kenapa dengan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan yang mengatakan BN  pula macam samseng setelah mereka tunduk kepada kehendak DAP dalam isu Salon. 
 Kenapa dengan  mereka dari parti Gerakan , mereka adalah manusia biasa yang bukan beragama Islam. Tindakn merekan menggunting rambut di unisex saloon tidak lah berdosa dan salah bagi agama mereka. Itu hak mereka , sama juga macam orang Cina minum arak di Kelantan. 
Bagi orang Cina minum arak tak salah. Sama juga potong rambut kedai wanita.
Tidak ada sebab mereka mencabar atau melanggar undang undang MPKB - Bri kerana merak tidak melakukan kesalahan civil mahupun agama mereka. 
Itulah sebab nya jangan main jerit terlolong pasal Hudud kalau tak teliti betul betul. Baru isu salon pun dah kelam kabut , buat malu saja.
Kalau salah saman lah atau tangkap saja mereka ini yang poting rambut.Kalau tak boleh tangkap bermakna tak slah lah apa yang mereka lakukan.
 Cakap tak serupa bikin. kalau takut dengan DAP katakan saja takut jangan salahkan Parti Gerakan pula. Mereka ini Cina.
Salun: BN tunjuk tindakan ala samseng kepada rakyat 
Baca laporan harakah. 
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa 
dukacita di atas tindakan sekumpulan anggota parti Gerakan Negeri 
Sembilan yang mendapatkan khidmat pendandan rambut wanita di Kota Bharu 
sebagai usaha mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota 
Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Beliau berkata demikian ketika mengulas sekumpulan anggota Gerakan 
Negeri Sembilan datang ke Kota Bharu dengan sengaja mendapatkan khidmat 
di salun pemilik wanita bukan Islam dengan tujuan untuk mencabar 
undang-undang MPKB yang telah berjalan sejak 21 tahun lalu.
Tindakan itu turut disiarkan oleh sebuah portal berita berbahasa 
Melayu, pagi kelmarin dengan menyiarkan rasa kecewa pemimpin Gerakan itu
 berikutan penguatkuasa MPKB-BRI tidak datang untuk mengambil sebarang 
tindakan terhadap mereka.
Bukan itu sahaja, mereka turut berkata akan datang lagi ke Kota Bharu dengan pasukan yang lebih besar.
Menurut Fadzli, pemimpin parti dari komponen BN yang memerintah 
negara Malaysia dengan sendirinya telah mengajar rakyat di negara ini 
berlagak samseng.
“Bagi kita tindakan itu bukan sahaja kebudak-budakan, mencabar 
undang-undang kerajaan negeri dan menunjukkan tindakan ala samseng 
kepada masyarakat di negara ini,” ujarnya.
Menurutnya lagi, dengan tindakan itu rakyat di negeri ini termasuk di
 luar dengan sendirinya dapat menilai tindakan yang tidak sihat itu 
berlaku di negeri ini oleh masyarakat luar Kelantan.
“Siapa sebenarnya yang wajar dipilih untuk menjadi idola pemimpin mereka, golongan samseng atau sebaliknya?” soal beliau
TB 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment