\
                
          
                
 
          
                
Saya agak terkejut dengan
 perlakuan “ostazah segera” PAS, Abby Abadi yang baru-baru ini melalak 
lagi di laman sosial Facebook mengenai kontroversi keningnya yang 
dicukur sehingga menjadi buah mulut ramai pihak yang mempersoalkannya.
Paling memalukan, Abby berkata…
“Pd yg mjadikan ‘kening’ Sy sbg mslh negara yg perlu dibendung, ini gmbr yg mjelaskan. ‘Mak borek Ank Rintik ye”
Apa nak jadi dengan bekas artis yang kini
 menjadi ahli PAS seumur hidup ini? Kenapa dalam menjawab kesalahan 
diri, dia sanggup mengaitkan maruah ibu kandungnya sekali di dalam 
kontroversi tersebut?
Apa maksud Abby dengan “Mak borek, anak rintik”?
Apakah dia bermaksud bahawa dia mencukur 
keningnya itu disebabkan ibunya turut mencukur keningnya juga? Dan 
mengapa perlu dia kaitkan kontroversi yang melanda diri dengan ibunya 
sendiri? Tidak ada cara lainkah untuk menjelaskan?
Persoalan yang paling ketara, apakah dia sengaja berbuat demikian untuk “menghalalkan” tindakannya mencukur bulu kening?
Melihat gambar ibunya yang dimuatkan Abby
 di laman Facebook, memang benar kening ibu “ostazah segera” itu agak 
nipis, namun saya yakin bahawa ibunya tidak mencukur keningnya.
Berbanding dengan kening Abby, memang jelas sekali keningnya itu dicukur supaya kelihatan nipis dan cantik!
Pada saya, sekiranya Abby yang melakukan 
kesilapan dengan mencukur keningnya, tak perlulah kaitkan kontroversi 
berkenaan dengan ibu sendiri kerana ia akan memalukan ibu yang 
melahirkannya.
Abby sepatutnya mengakui kesilapannya 
mencukur kening supaya kelihatan cantik di mata umum memandangkan ramai 
ulama muktabar berpendapat bahawa tindakan itu adalah salah dari sudut 
hukum Islam.
Namun jika Abby bijak, dia sepatutnya 
mengajukan pertanyaan kepada Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang 
dilihat mampu mengeluarkan fatwa yang menyebelahi perlakuan para 
penganut ajaran “agama PAS”.
Nik Aziz mampu “menghalalkan cara”, 
asalkan yang melakukan perkara haram dan syubhah itu adalah orang PAS. 
Jika UMNO yang lakukannya, perkara halal pun nescaya akan diharamkan 
“nabi PAS” itu…
Pada saya, kontroversi mengenai kening 
Abby tidak pernah menjadi isu. Sama ada dia mahu mencukur keningnya 
berbentuk nipis, tirus atau mencukurnya sehingga tiada kening sekali 
pun, saya peduli apa?
Tapi kalau sehingga membabitkan seorang 
ibu dengan kesalahan yang dia lakukan sehingga mampu mencemar maruah 
ibunya itu, saya menganggap ia adalah satu tindakan yang kurang ajar, 
biadap dan tidak wajar sama sekali.
Kalaulah benar ibu Abby mencukur bulu 
keningnya sekalipun, adalah tidak wajar Abby menyebarkan keburukan 
ibunya. Salah tindakan tersebut dari sudut Islam. Ia mengaibkan ibunya 
sendiri.
Saya rasa, sudah sampai masanya Abby 
berdiam diri dari terus menjadi liabiliti di dalam PAS dan memalukan 
dirinya sendiri. Tapi saya positif bahawa Abby adalah seorang yang 
“bodoh sombong” dan “tidak sedar diri”.
Dia baru-baru ini menegaskan bahawa akan 
membantu PAS berkempen pada PRU ke-13 nanti. Pada saya, dia sangat 
dialu-alukan untuk berbuat demikian kerana sudah tentu “ostazah PAS” ini
 akan terus memalukan PAS dipentas parti itu sendiri!
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment