Megastar
 Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan bakal bertandang ke negara ini dengan 
menaiki jet peribadi miliknya semata-mata bagi meraikan sambutan ulang 
tahun ke-87 bekas Perdana Menteri yang disayangi, Tun Dr Mahathir 
Mohamad atau Tun M.
Bakal
 diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara tidak lama lagi, 
majlis ulang tahun penuh eksklusif itu bakal dihadiri lebih 200 tetamu 
dalam sebuah majlis yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal
 tanah air.
Menurut
 sumber kepada portal murai.com.my, Shah Rukh Khan dikhabarkan bakal 
membawa sekurang-kurangnya 8 pengiring dan akan menghabiskan masa 
bersama-sama Tun M sebelum berangkat pulang ke negaranya pada hari yang 
sama.
Malah
 khabarnya, pihak penganjur berasa sangat berbesar hati dengan 
kemunculan istimewa Shah Rukh Khan itu kerana bintang berkenaan telah 
bersetuju untuk bertandang ke negara ini buat kesekian kalinya selepas 
diundang secara rasmi oleh Tun M.
Sehubungan
 itu tiada sidang media dan sesi temuramah eksklusif bersama aktor 
popular global berkenaan diadakan kerana tujuan kehadirannya di sini 
semata-mata bagi meraikan ulang tahun Tun M yang kita cintai.
Sumber
 juga menyebut , pelbagai persiapan sudah diadakan bagi meraikan hari 
istimewa itu termasuk persembahan nyanyian bercitarasa 1 Malaysia 
daripada barisan penyanyi tersohor negara termasuk penyanyi pujaan Tun M
 sendiri iaitu Datuk Yusni Hamid.
Dua
 watak utama yang memegang peranan sebagai Tun M dan Tun Dr Siti Hasmah 
dalam Teater Tribute to Tun Siti Hasmah iaitu Esma Daniel dan Eja turut 
diundang ke majlis berkenaan sebagai penghargaan yang tidak berbelah 
bagi.
Majlis
 akan dibuat secara tertutup dan hanya tetamu yang diundang saja 
dialu-alukan ke majlis berkenan bagi melancarkan perjalanan majlis.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment