Ketua MCA ditemui maut
Mereka yang hadir bagi menziarah Choong Bee di Taman Gemencheh Baru, semalam. Gambar kecil: Choong Bee.
 
TAMPIN – Ketua MCA Bahagian Tampin ditemui mati dalam bilik rumahnya di Taman Gemencheh Baru, dekat sini, semalam.

Gan Choong Bee, 58, ditemui mati terbaring oleh anaknya, Gan Eng Heng, 30, kira-kira 12 tengah hari.

Choong Bee  antara lima calon yang disebut-sebut bakal bertanding di Dun Repah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut Naib Presiden MCA Bahagian, Peter Yoong Mok, kebiasaanya ketuanya itu akan sampai ke Pejabat MCA di Kampung Baru Tampin sekitar 9 pagi dan menguruskan pelbagai kerja berkaitan parti serta duan masyarakat.

“Bagaimanapun pagi ini (semalam), dia tidak datang ke pejabat dan menyebabkan kami termasuk anaknya (Eng Heng) yang juga ahli jawatankuasa MCA gusar apabila beliau tidak dapat dihubungi.

“Anaknya pulang ke rumah di Pekan Gemencheh dan terperanjat apabila melihat ayahnya sudah terbaring sejuk atas katil dalam bilik,”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut.

Choong Bee memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Tampin sejak tiga tahun lalu selepas mengambil alih jawatan bapa saudaranya, Datuk Gan Chin Yap yang juga  Ketua MCA Bahagian sebelum ini.