Remaja
dan pasangannya tidak dinamakan. Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini
berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal
pada Januari 2009. Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan
selepas itu dan pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu
mengadakan hubungan seks oral. Remaja lelaki itu meminta mengadakan
hubungan seks oral beberapa kali dan merekod satu sesi tanpa pengetahuan
remaja perempuan itu dan menyimpan klip itu dalam fail bertanda
“B****”. Remaja itu kemudian memuat naik klip itu di internet dengan
tajuk “Singapore teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor
telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu.
Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video di internet sekiranya
pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa
mengetahui yang video itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu
bersetuju melakukan seks oral. Keadaan bertambah buruk apabila remaja
perempuan itu mula menerima panggilan telefon meminta dia melakukan seks
oral daripada orang tidak dikenali.
Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia
menafikan memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi
bertemu kembali pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya
melakukan hubungan seks sekali lagi. Mangsa kemudian memberitahu
gurunya dan laporan polis dibuat.
Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan
hubungan seks dengan gadis di bawah umur, menghina kehormatannya,
mengugut dan menyimpan klip video serta mencuri tiga buah basikal. –
Straits Times
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja di Singapura, di Malaysia pun apa kurang. Sebuah blog menulis dan memaparkan…
“Apa kes yang kita belum pernah berlaku di kalangan pelajar sekolah
menengah sekarang ni? seks dalam darjah? gaduh melibatkan pelajar
perempuan sebab rebut lelaki ? kes buang anak ? seks beramai-ramai ?
kena tangkap dalam tandas? semuanya yang saya katakan tu semuanya pernah
berlaku. Mengapa jadi seperti ini? pelik tak?
Malah ianya bukan sahaja melibatkan sekolah menengah biasa sahaja tetapi
sekolah berasrama dan sekolah-sekolah agama juga turut menular.
Kejatuhan moral di kalangan pelajar sekolah agak membimbangkan hari ini.
Satu kes di Kedah sebagai contoh, Seorang pelajar sekolah aliran agama
perempuan dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah di
atas membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan di tempat pembuangan
sampah…
Pelik tak kenapa orang yang berpendidikan agama juga tidak dapat
melarikan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahil ini…
Pergaulan bebas di kalangan pelajar lelaki dan perempuan sangat-sangat
membimbangkan. Kita boleh di lihat di laman media sosial di mana ramai
pelajar sekolah berpakaian ala menjolok mata… Ada sesetengah tu bukan
sahaja menjolok mata tetapi mengorek mata… perkara ini benar dan tiada
siapa boleh menafikan…
Pelbagai kempen untuk mencegah gejala ini berlaku tetapi semakin
berkembang pula kegiatan ini sehingga tidak dapat dibendung. Tapi apa
yang saya fikir ketika dahulu memang benar. Kecanggihan yang ada hari
ini sebenarnya memberikan kerosakan kepada kita sendiri… cuba lihat
gambar di bawah ini…
” Ni adalah tangungjawab kita semua sebagai umat islam di Malaysia untuk
menangani masalah sosial yang berlaku di kalangan pelajar dan bukan
hanya menyalahkan sebelah pihak. sekali kita menunding jari terkena pula
pada diri sendiri nanti… Baik jangan menunding jari.. sama-sama kita
ikhtiar mencari jalan untuk membendung gejala ini… Tangungjawab
bersama…” Kata penulis itu lagi. Untuk membendungnya, kembalilah kepada
cara hidup Islam, sebagai ‘way of life’, termasuk di bidang pendidikan,
apa lagi dalam politik negaranya. (IH)
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment