Kes yang mengangkat isu ayahanda Najwa Latif,
Abdul Latif yang menuduh anaknya itu sudah derhaka bukan saja
mengejutkan industri seni hiburan tempatan, malah ia turut mengundang
pelbagai spekulasi sehingga ada segelintir peminat melahirkan rasa tidak
puas hati terhadap ayah kepada penyanyi lagu Cinta Muka Buku tersebut.
Lebih panas lagi, menerusi segmen Panggilan Misteri Murai (PMM)
kendalian pengacara, Ajieb Rosdi, seorang pemanggil telah mengadu domba
dan tidak menyangka isu kekeluargaan dibangkitkan keluarga penyanyi yang
baru saja selesai menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pemanggil yang ingin dikenali dengan nama Dee sangat risau dan
berpendapat bapa Najwa tidak sepatutnya melakukan sebegitu. Dek kerana
tuduhan ini, pelbagai isu negatif wujud dan membuatkan imej Najwa
tercalar.
Apakah tanggapan negatif tersebut? Apa pula yang berlaku kepada Najwa
serta peminatnya? Tonton Panggilan Misteri Murai sekarang untuk
mengetahui jawapan disebalik isu Najwa yang dituduh sebagai anak
derhaka. PMM disiarkan setiap Rabu di murai.com.my.
Jangan lepaskan peluang memberikan komen anda dengan menyertai ruangan Tanya Ajieb di emel tanyaajieb@gmail.com.
Dulu nasya aziz...sbb orang tkenal..mcm2lh bapak dia nk komen...nk glamer ke pak..
ReplyDelete