Thursday, December 6, 2012

MB: Keluar parti jika tak minat lagi, jangan belot Umno


Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
 
SEREMBAN – Ahli-ahli Umno di Negeri Sembilan yang tidak berminat lagi untuk bersama parti itu disaran membuat keputusan awal untuk keluar parti.

Amaran keras berkenaan disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengalu-alukan golongan terbabit berbuat demikian daripada berterusan menjadi ‘musang berbulu ayam’ yang boleh melemahkan parti.

Beliau turut mendedahkan terdapat ahli Umno di peringkat cawangan yang dikesan secara terangan berdiri di atas pentas pembangkang selain turut berkempen untuk menjadi calon bagi parti pembangkang, sekalipun masih ahli Umno.

“Kita telah dapat kesan beberapa ahli parti yang sudah belot dalam diam. Pemimpin pembangkang disambut dan diraikan di peringkat cawangan oleh pemimpin Umno sendiri.

“Kalau tidak mahu lagi jadi ahli Umno,  declare awal-awal. Mereka berhak memilih sama ada mahu menjadi ahli DAP, Pas atau PKR,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini semalam.

Mohamad berkata, semua pemimpin parti termasuk dari komponen Barisan Nasional (BN) wajar mengambil iktibar atas  kekalahan pilihan raya umum pada 2008 yang disebabkan berlaku sabotaj dari dalaman.

Menurutnya, masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan selain tiada kesatuan antara ahli parti mengundang pertelingkahan sehingga mendorong unsur sabotaj sesetengah ahli.

“Jadi, setiap pemimpin perlu ambil peringatan. Apabila sudah dibuat pencalonan oleh pemimpin parti, kita perlu akur dan jangan bertindak yang bukan-bukan sehingga kalahkan parti,” katanya.

sumber

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts