Wednesday, December 12, 2012

MB serah kunci rumah mampu milik berkualiti


RAHANG, 11 Dis. – Seramai 75 orang penerima kunci rumah mampu milik berkualiti Taman Abok Jaya hari ini amat gembira setelah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir bagi menyerahkan kunci tersebut kepada mereka, petang tadi.
 
Menurut Menteri Besar, rumah mampu milik berkualiti ini dibina untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah dan ianya di sewa beli dengan harga kurang RM200 sebulan dan harga rumah ini di pasaran amat tinggi jika hendak dibandingkan dengan harga yang mereka perolehi.
 
“Kita juga sedang meneliti kawasan-kawasan di Enstek dan Nilai untuk membina lebih banyak lagi rumah mampu milik berkualiti ini atas sebab permintaan yang tinggi oleh masyarakat,” kata beliau.
Disamping itu, Seremban juga akan menjadi kawasan perumahan PR1MA yang besar di mana 3000-4000 buah rumah akan dibina bagi golongan sederhana yang masih belum mempunyai rumah untuk didiami.
 
“Terdapat lebihan 50 unit rumah dan kita akan pastikan rumah-rumah ini akan diberi keutamaan kepada golongan keluarga yang masih tinggal di rumah setinggan.
 
Penyerahan ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sentiasa menepati janji kepada rakyat,” ujar beliau kepada pemberita selepas penyerahan kunci rumah mampu berkualiti di Taman Abok Jaya.
 
Salah seorang penerima, Puan Tan Hoon Wah, 49, berkata, beliau amat gembira setelah menerima kunci rumah yang telah disampaikan sendiri oleh Menteri Besar.
 
“Selama lima tahun saya menyewa di Jalan Tok Ungku bersama keluarga dan sewa mencecah sehingga RM300. Dengan adanya rumah ini, beban kami sekeluarga akan berkurangan,” kata beliau.
Sementara itu, Puan Hanifah Bibi Saman, 60, berjelaskan bahawa beliau tinggal di kawasan
Kampung Abok ini sudah 40 tahun.
 
 Disebabkan kerajaan ingin menjalankan projek lingkaran tengah, beliau sekeluarga terpaksa keluar sementara dan menyewa di kawasan luar.
 
“Penantian kami selama lima tahun tidak sia-sia setelah kerajaan menunaikan janji untuk membantu golongan seperti kami dengan mendirikan rumah seperti ini,” kata beliau.
 
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Haji Mat Ali Bin Hassan, Exco Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam, Dato’ Siow Chen Pin dan Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad, Datuk Dr. Kamarul Rushdan Salleh.

N9kini.comhttp://n9kini.com/mb-serah-kunci-rumah-mampu-milik-berkualiti/

1 comment:

  1. Nama Abok itu datang dari nama Kg. Abok bersebelahan kampung ini (yang juga dikenali sebagai Kg. Semarak). Dari mana pula asalya nama Abok ini?

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts