|  | 
| 
Ini bukan budaya Malaysia, ini budaya 
reformasi "Bersih" yang diimport oleh Anwar 
Ibrahim dari Indonesia | 
Adalah suatu perhitungan politik yang silap jika Pemimpin PKR Anwar 
Ibrahim mengharapkan persekongkolannya dengan nama-nama besar Indonesia 
dan juga media Indonesia akan mendatangkan sokongan rakyat Malaysia 
kepadanya.
Dia lupa betapa sentimen marah rakyat Malaysia dan betapa jauhnya hati 
mereka terhadap ketidaksanggupan rakyat Indonesia menerima kekalahan 
bola sepak dengan Malaysia, betapa penganiayaan terhadap seorang dua 
pembantu rumah Indonesia digambarkan sebagai sikap seluruh rakyat 
Malaysia termasuk orang Melayu.
Ketua Hakim Negara (Hakim Suffian) dan pegawai tinggi polis telah 
dirompak. Seorang pegawai polis kanan telah dibunuh di Johor lama 
dahulu. Mereka tidak sahaja melakukan rompakan tetapi juga merogol dan 
mencederakan mangsa, tetapi semua ini yang kerap berlaku di Malaysia 
tidak disiarkan oleh akhbar atau media Indonesia.
Betapa penerimaan sihat seni budaya Indonesia oleh rakyat Malaysia 
dianggap sebagai pencurian dan rompakan walaupun perbuatan itu boleh 
membantu mengembangkan budaya Indonesia, betapa isu-isu tertentu sampai 
membawa kepada demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta 
sehingga ke peringkat membaling najis manusia (tahi) ke Kedutaan 
Malaysia dan membakar bendera Malaysia.
Zam hanya membaling kata-kata dan bukan membaling tahi. Itu pun sudah 
menggemparkan Indonesia. Apakah Zam harus meminta maaf atau media 
Indonesia yang sewajarnya meminta maaf bagi pihak sesetengah rakyat 
Indonesia yang mengganas dari semasa ke semasa, membaling najis manusia 
dan membakar bendera Malaysia dan membantu import reformasi Indonesia ke
 Malaysia.
Rakyat Malaysia amat jauh hati dengan perbuatan-perbuatan yang tidak 
berperadaban dan tidak beperikemanusiaan ini, tetapi Anwar mahu mencari 
populariti atas sentimen rakyat Indonesia memarahi Zam kerana dia mahu 
menghalalkan import reformasi  Indonesia ke Malaysia.
Orang Cina Singapura tidak akan melupakan sindiran Habibie ketika 
menjadi Presiden Indonesia terhadap Singapore "Apa itu Singapore, negara
 yang tidak ada dalam peta dunia," bila Perdana Menteri Singapore 
mensifatkan teknologi Habibie sebagai "high technology and high cost."
Orang Cina Malaysia dalam kegilaan hendak menguasai Malaysia, lupa 
apakah matlamat persekongkolan dengan pemimpin-pemimpin Indonesia. Asal 
usul Anwar adalah seorang revolusioner yang mahu menegakkan negara Islam
 secara kekerasan di Malaysia.
Orang Cina Malaysia harus memikirkan apakah matlamat Anwar Ibrahim dalam
 bersubahat dengan Indonesia untuk melakukan reformasi di Malaysia. 
Sekurang-kurangnnya mereka telah dapat melihat demonstrasi ganas di 
sebalik bersih sebagai suatu petanda buruk.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
bagi saya...Zam tak perlu minta maaf
ReplyDeleteorg malaysia x p indon jd kuli..kta negara hebat..
ReplyDelete