Pemimpin PR terutama sekali dari PAS sering mendakwa
pemimpin UMNO dan BN adalah perasuah serta sinonim melakukan salah guna
kuasa ataupun penyelewengan.
Pantang timbul polemik isu tertentu terus sahaja mereka berkata ia
berlaku kerana UMNO rasuah ataupun ia terjadi disebabkan wujud
penyelewengan dikalangan pemimpin BN.
PR juga sering mempotretkan diri sebagai pejuang rakyat, kelihatan
zuhud dan cukup anti kepada sebarang penyelewengan mahupun perlakuan
rasuah.
Persoalan sekarang adakah realiti sebenar sama seperti yang dipotretkan?
Jika benar, rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd)
, sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri
Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri
mereka?
1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari
kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20
Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000
pada 15 Disember 1997.
2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak pula
menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing yang nilaian harganya
ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 .
3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi
tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari
kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah
percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai.
4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi
tanah di Lot No. 100 yang nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya
pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai
RM45,000.00.
Asalnya, semua lot tanah di atas merupakan sebuah kawasan balak,
selepas segala kayu kayannya diratah hingga botak licin, barulah lot-lot
tanah berpindah milik kepada penama-penama di atas.
Kebetulannya, Pengerusi PKINK ataupun dikenali juga sebagai SEDC ini
ialah Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Jawatan tersebut
digalas oleh Nik Aziz sejak 1990 hinggalah sekarang.
Menariknya, kesemua tanah yang menjadi milik Nik Aziz, Ab Halim serta
anak isteri mereka itu, sehingga kini tidak pernah diisytiharkan
sebagaimana dikehendaki di bawah Peraturan -Peraturan Pegawai Awam
(kelakuan & tatatertib) 1993 Perintah Am Bab D Peraturan 10.
Ada sesuatu yang sengaja disembunyikan ke? Jika tidak begitu, apa yang sukarnya untuk membuat pengisytiharan rasmi?
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md Alwi Che Ahmad sebelum
ini pernah membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Undangan
Negeri Kelantan yang lalu, namun tiada seorang pun pemimpin PAS negeri
atau wakilnya yang menjawab persoalan yang dibangkitkan.
Sebaliknya ada segelintir wakil rakyat PAS yang berang telah memarahi
Pegawai Kerajaan Negeri kerana dituduh telah bersekongkol dengan UMNO
membocorkan maklumat sulit sedemikian.
Kenapa perlu marah-marah, jika segala urusan dilakukan secara telus
tanpa sebarang penyelewengan, apa yang perlu dirisaukan, tak begitu?
SUMBER SINI
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
1 day ago
No comments:
Post a Comment