TRAUMA
akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak
dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu
terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius
hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari
Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel
Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera
Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas
berperang dengan penduduk Palestin.
"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan
terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak
senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti
apakah mereka berada pada pihak yang benar.
"Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang
terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10
tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh
bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.
"Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita,
kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas
mereka.
"Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana
bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku
melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka
memalukan.
"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia
diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya
yang terlibat dengan Al-Qassam.
"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun
ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan
membunuhnya," kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan
tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.
No comments:
Post a Comment