Monday, December 10, 2012

Alhamdulillah majlis pertunanagn anak aku berjalan lancar

Pelamin  tempat menyarung cicin bakal ibu mertua anak ku .
9- 12  :: Semalam adalah merupakan satu hari yang akan menjadi satu catatan kepada diri ku  apabila Puteri sulung ku Huda mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan nya yang dikenali sewaktu sekolah menengah rendah. Kebetulan bakal menantu aku ini juga tinggal sama taman dengan kami dan ianya memudahkan lagi urusan kami.

Majlis  yang bermula pada jam 12.45 tengah hari apabila rombongan pihak lelaki tiba dan kami terus ke surau untuk berjemaah soalt zohor dan membuat doat selamat dan tahlil untuk allahyarham ayah dan ayah mentua ku.

Kemudian kami  kembali ke rumah untuk makan tengah hari dan seterusnya meneruskan hasrat pihak lelaki untuk upacara meminang. Setelah selesai semua , abang iparh ku Imam surau Kg Sentosa  Paroi membaca kan doa selamat diikuti penyarungan cicin oleh ibu  bakal menantu  ke tangan puteri ku.

Alhamdulillah majlis  berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kepada kawan kawan yang tidak aku jemput jangan  berkecil hati kerana insyaalah aku akan menjemput di hari bedsar nanti. Hampir 250 orang tetamu yang hadir , kawan kawan anak anak ku , Qariah di surau aku dan juga pihak lelaki. Kepada yang  sama sama meraikan majlis pertunanagan anak aku semalam aku mengucapakn ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts