Mengikut beberapa sumber, Nik Radzi Nik Mat adik
kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat sekarang sedang ditimpa
sakit tenat dan kisahnya mengenainya sengaja disembunyikan dari
pengetahuan umum.
Berita ini juga telah dimuat naik dalam beberapa blog antaranya
Malaysia Instinct, dan media sosial facebook selain turut bertebaran dalam email.
Beberapa minggu lalu, Nik Radzi telah mengundang kontroversi apabila
mendoakan kecelakaan terhadap sesama Islam khususnya membabitkan UMNO.
Menurut sumber itu lagi, Nik Radzi dipercayai tenat selepas agak
tertekan dengan isu doa K.O UMNO, K.O BN yang dibacanya semasa himpunan
PAS di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.
Jika berita ini benar dan sahih, sama-samalah kita semua mendoakan kesejahteraannya dan mudah-mudahan sihat kembali.
dipetik dari
sini
Satu bangkai lagi untuk di tanam
ReplyDelete