Thursday, December 27, 2012

Leuniey Sendiri Sudah Jemput Bapa Kandungnya Ke Majlis Perkahwinan

Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak dugaan yang mendatang. Itu perkara biasa untuk semua pengantin. Apek dan Leuniey juga turut tidak terkecuali. Yang terbaru, bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad menyatakan yang dirinya tidak dijemput ke majlis anaknya itu.
jaafar mohamad
Berkata kepada Berita Harian semalam, Jaafar Mohamad melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dijemput oleh anaknya sendiri untuk ke majlis pernikahan.
Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu. Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput.
apek dan leuniey
Untuk makluman, Apek dan Leuniey telah pun berjumpa bapa kandung Leuniey untuk memohon tandatangan sebagai wali. Menurut bapa kandung Leuniey, tiada sebarang pelawaan dilakukan ketika itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar memberitahu yang Leuniey telah menjemput bapanya untuk hadir ketika itu.
Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu turut hadir pada majlis pernikahannya. Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga.
leunieyAdmin rasa ini semua salah faham. Mungkin bapa kandung Leuniey tidak terdengar jemputan yang telah dilakukan oleh anaknya. Tak perlu gaduh-gaduh. SMS atau telefon sahaja untuk confirmation. Admin tak rasa Leuniey kejam untuk tidak menjemput bapa kandungnya sendiri di hari bersejarahnya. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts