Baca lah artikel ini dan fikirkan sejenak,

Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.
Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.
Beliau pernah menggegarkan dunia apabila
 membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang
 putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa 
bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.
Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai 
DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom
 pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak 
lagi.
Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong 
oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. 
Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.
Tun banyak memberi serta meluluskan 
projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang 
baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. 
Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan 
kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.
Tun memang banyak bergantung kepadanya 
pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak 
menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha 
menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan 
seikhlas-ikhlasnya.
Hubungan rapat antara Allahyarham dan 
Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain 
yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana 
Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Mereka dengki kerana semua 
projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.
Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.
Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi
 rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter 
di Kuala Lipis Pahang.
Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.
Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.
Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab.
Ada cerita-cerita yang tersebar 
mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh 
orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.
Sehari sebelum kemalangan yang meragut 
nyawa Tan Sri Yahya, allahyarham dikatakan menghadiri satu majlis makan 
malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut 
dihadiri oleh Anwar Ibrahim.
Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada.
Banyak cerita yang mengatakan Anwar 
Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan. Sejauh mana 
kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu 
mengesahkannya.
Selepas Anwar dipecat cerita tentang 
kemalangan tersebut telah diputar belitkan. Kata orang-orang Anwar 
sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana 
keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter 
berkenaan untuk melawat Kedah. Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya 
terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa.
Tidak mustahil semua itu adalah wayang 
semata-mata. Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak 
berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga 
mangsa.
Bukan setakat kes ini, malah pihak 
berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk 
Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu.
 Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar 
dimana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan 
bulan terbunuh.
sumber dari sini 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Masih ingat lagi kes tu. Helikopter itu Agusta A109 12 tempat duduk dari Italy dan belum lagi ada yang terhempas sehingga kes Datuk Yahya.
ReplyDeleteIni adalah helikopter yang baik.
Memang ada orang tuduh Anuwar punya kerja kerana semasa Datuk Yahya hidup bukan kata Anuwar, rakyat yang terlibat dengan perniagaan yang di ambil oleh Datuk Yahya pun angin. Misalnya pengusaha bas mini dan lain lain.
Ini kan pula bapak rasuah Malaysia. Lagi menyirap lengkap pula dengan sikap pendendamnya yang tak pernah padam.