Perhimpunan Agung UMNO 2012 menjadi sejarah
kepada lagenda rock tanah air, Suhaimi Abd Rahman yang dikenali sebagai
Amy Search apabila beliau buat pertama kalinya menghadiri perhimpunan
agung berkenaan.
Beliau yang menyertai UMNO pada bulan Mei yang lalu menjadi perhatian umum dan perwakilan yang berada di PWTC petang padi.
Ketika ditemui, Amy menyifatkan perhimpunan agung UMNO tersebut
adalah sesuatu yang cukup menarik apatah lagi ianya dapat melihat secara
langsung perbahasan oleh wakil-wakil UMNO negeri yang berucap.
“Sebelum ini saya hanya melihat Perhimpunan Agung UMNO menerusi
televisyen mahu pun akhbar-akhbar yang menyiarkan laporan perjalanan
perhimpunan parti UMNO itu.
“Hari ini saya dapat melihatnya dengan lebih dekat perhimpunan yang
cukup besar ini dan saya cukup gembira dan teruja. Perasaan itu tidak
dapat dinafikan.. Memang teruja…“ katanya kepada UMNO-Online.
Pada bulan Mei yang lalu, Amy bersama Mus May (Mustapha Din) dan
Ibnor Riza menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO,
Datuk Ab Rauf Yusoh.
Menurutnya beliau bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO
sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi
kepada semua rakyat di negara ini.
Ditanya harapan beliau, Amy yang kelihatan ceria mahukan sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat negara.
“Saya dalam industri muzik 30 tahun. Harapkan sesutau yang baik untuk rakyat negara ini secara menyeluruh,“ ujarnya.
Ketika ditanya mengenai tindakan sesetangah artis yang menyertai
parti pembangkang, beliau menyifatkan itu adalah hak masing-masing.
“Masing-masing punya pemikian dan pandangan. Jadi saya masuk UMNO pun
tak cakap pasal orang. Saya masuk UMNO inginkan kebaikan…ingin lihat
institusi yang betul-betul teguh,” katanya. -MediaUMNO
SAAT AKHIR SEBELUM TINGGALKAN JAWATAN, JOE BIDEN UMUM GENCATAN SENJATA
HAMAS - ISRAEL
-
1. Berbaki beberapa hari sebelum Trump mengambil alih jawatan sebagai
Presiden Amerika Syarikat ke 47, Presiden Joe Biden mengumumkan bahawa
pentadbira...
6 days ago
No comments:
Post a Comment