SEREMBAN, 12 Dis. – Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) menjadi satu pusat rujukan dan latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja sedia ada yang beroperasi di negeri ini mahupun di dalam negara serta melatih belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah.
“Uniknya NSSDC ini adalah kerana ianya diuruskan lebih kurang 100 buah syarikat yang bergabung dalam NSSDC. Tenaga pakar juga datangnya dari syarikat itu sendiri dan melatih mereka untuk dijadikan pekerja tenaga mahir dan separuh mahir di dalam industri.
Salah satu faktor pelabur asing datang ke Negeri Sembilan adalah kerana kita ada NSSDC dan Negeri Sembilan Industrial Liaison Council (NSILC). Mereka akan terus pergi ke NSILC untuk berunding berapa ramai pekerja yang diperlukan dan tahap kemahiran yang dikehendaki. NSSDC DAN NSILC akan cuba menyediakan pelatih yang diperlukan,” jelas beliau kepada sidang media selepas majlis makan tengahari dan anugerah industri NSSDC 2012.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif NSSDC, En. Alias Mohd Nadzri menjelaskan bahawa latihan ini mempunyai modul dan silibus yang berbeza kerana ia lebih kepada latihan perindustrian yang lebih produktif dari segi teknikal.
Katanya, setakat tahun ini NSSDC berupaya melatih lebih kurang 50,000 orang pelatih-pelatih dalam bidang teknikal, kejuruteraan, servis, pembuatan dan kemahiran pengurusan.
“Tempoh latihan kepada mereka yang mempunyai SPM akan dilatih dalam masa setahun ke setahun setengah. Manakala Diploma dan Ijazah akan dilatih dalam masa lebih kurang 6 bulan yang bertempat di Mantin,” kata beliau.
Dalam majlis tersebut, Menteri Besar telah menyampaikan Anugerah Industri NSSDC iaitu Samsung Corning Precision Material (M) Sdn. Bhd., Pearl Haya Sdn. Bhd., Ichikoh Malaysia Sdn. Bhd., SKF Bearing Industries Sdn. Bhd., dan Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
petikan : N9kini.com
No comments:
Post a Comment