kontroversi hangat melanda penyanyi muda yang dikenali melalui Youtube,
Najwa Latif apabila bapanya membuat pendedahan kepada media bahawa dia
kecewa dengan sikap penyanyi itu dan adik beradiknya yang lain.
Tambah
buruk, apabila bapanya itu menggunakan ayat anak derhaka kepada Najwa
dan adik beradiknya. Bagi kami, ini masalah keluarga yang tidak
sepatutnya dicanang kepada media.
Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya.
Petang Isnin lalu, tatkala sibuk
menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada
seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang
sensasi YouTube,Setelah berbincang, dia akur.
Bukan
berniat membuka pekung di dada, Latif lakukan semua ini kerana mahu
anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia
menutup mata.
Katanya, sudah lama dia ingin menjelaskan kedudukan sebenar bentuk hubungan bersama anak yang dikatakan keruh.
Bagaimanapun, mengenangkan Najwa bakal
menghadapi peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Latif
yang juga seorang jurulatih renang tidak mahu tindakannya mengganggu
tumpuan anak sehingga menjejaskan prestasi gadis berusia 17 tahun itu.
“Saya tidak teringin langsung hendak
menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada
pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang
berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata."
Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka!
Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah
sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar
kesabaran, barulah saya berbuat demikian.
Takde cerita apa2 pun mengenai perbuatan Najwa terhadap bapanya macamana bolih timbul Najwa anak derhaka.Kenapa Najwa saje yg disebut.
ReplyDelete