Monday, December 31, 2012

Apa dah kena dengan Rais ??? Dah tak popular lagi ke??

Sah Sah dah Hji Hadi ni kuat membelit dan juak juak ni mana pernah mahu mengaku akan kesalahan mereka. Jumud jumud  PAS ini akan percaya apa saja yang akan diputar belit oleh Hj Hadi. Haji Hadi akan cari ayat ayat atau mana mana hadis yang boleh diputar belit untuk menghalal dan  mempertahankan diri nya yang diserang hebat dalam isu mengkafirkan orang UMNO  ketika ini.

Masa yang  akan diberikan oleh menteri penerangan kepada Haji Hadi baik live atau recording adalah sebenarnya sia sia. Sekarang pun penyokong mereka sudah maki hamun Rais Yatim kononnya tak bagi live tetapi rakaman. Katanya Hj Hadi minta  Live bukan rakaman , siapa Hj Hadi yang nak demand ni???

Itu Hj Hadi.... Rais Yatim ni pula, kenapa ??? Boleh ke dia popular dengan memberikan Hj Hadi time Live di RTM. Kenapa Rais dah tak popularlagi  ke ??atau dah nampak nama tak ada kat  senarai yang sanggup bagi ruang kat  Haji Hadi ni. Tak popular mana  pun Rais Yatim jika dia  bagi kat Haji Hadi   ruang bercakap Live. Rais dah hilang akal ke ???? Ingat kalau PR tubuh kerajaan dapat ke Najib  diberikan masa untuk bercakap. Singapore pun tak pernah buat macam Rais buat ni.

Saturday, December 29, 2012

Pondan Cun Macam Miss Korea

Nong-Poy-thailand-news-photo-05

Percaya atau tidak gambar-gambar di bawah adalah gambar pondan dan bukannya perempuan.

#U a gay kalau fap guna gambar ni?
#Pernah ke aku tipu, search this name guys -Nong-Poy






Gambar Nikah Khairul Fahmi Dan Leuniey

Sesiapa yang nak tengok beberapa keping gambar nikah Khairul Fahmi dan Leuniey yang baru sahaja berlangsung pagi ini, 28 Disember 2012, jom lihat kat sini.

Kita mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru, Khairul Fahmi Che Mat dan Elunie Natasha yang telah selamat diijabkabulkan pagi tadi di rumah pengantin perempuan di Tumpat, Kelantan.
Dengan sekali lafaz, Elunie Natasha yang dikenali sebagai Leuniey sah bergelar isteri kepada penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi.

Friday, December 28, 2012

Inilah akibatnya kerajaan Selangor asyik berpolitik - Lori hantu jadi Raja penduduk azab !!

Dato' Haji Megat Dzulkarnian Tan Seri Omar Din Pengerusi Pemyelaras DUN Gombak setia.
Inilah akibatnya jika kerajaan Selangor asyik berpolitik sampai lupa kepada kebajikan dan tanggungjawab terhadap rakyat. Rakyat dibiarkan menderita, Saya menyokong tindakkan penduduk yang membantah terhadap laluan lori lori hantu ini pagi tadi, tegas Dato' Megat Dzulkarnian , Pengerusi penyelaras UMNO/BN DUN Gombak Setia.
 Kini penduduk Puncak Gombak  bangun memberontak kerana sudah tidak tahan dengan deraan mental dan fizikal selama lebih dari 5 tahun.,. Mereka mempertikaikan kewibawaan MPS (Majlis Perbandaran Selayang )  di mana ada tanda tanda tanya apakah ada unsur rasuah berlaku apabila lori lori hantu bermaharajalela di taman perumahan dan satu minit hampir 30 lori yang menggunkan jalan awam ini.

Jangan cerita pasal kerosakkan  harta benda dan harta awam  kenternteraman penduduk di sini juga terganggu mereka tertekan sentiasa diganggu emosi selama  lima tahun.Mereka tidak lagi ada tempat mengadu kerana MPS bukan lah lagi tempat mereka mengadu apatah lagi kerajaan Selangor kerana kerajaan pun banyak nak jawab pasal penyelewengan mereka.

PAS membisu , kerajaan PKR Selangor tidak boleg diharapkan.

Sebahagian dari penduduk yang berdemonstrasi.

Di sini anak  anak yang bersekolah di KAFA di Tadika rakyat  (termasuk anak saya) menyedut udara yang kotor dan sering sakit. Mereka merayu agar pihak yang bertanggungjawab untuk tampil membantu mereka. Mereka juga menyeru agar Perdana Menteri mencampuri urusan ini.

 Kesabaran mereka telah berada ditahap maximum dan tidak tertahan lagi. Mereka yang mempertikaikan dan rasa hairan setelah laporan dibuat masih tidak ada tindakan di ambil. Mustahil lima tahun MPS tidak dapat mengatasi masalah ini. Apakah Selangor tidak ada undang undang ????. Apakah MPS juga tidak mengimplimentasikan undang undang sehingga tidak terlihat apa yang berlaku ini ??

Apakah wang telah mengatasi undang undang.nJangan lah sampai ada kemalangan  nyawa berlaku baru mahu mengambil tindakan. , 5 tahun adalah waktu yang panjang bukannya semalam.Mana pemimpin PAS sehingga penduduk perlu merintih, Mana wakli rakyat , Hasan Ali mana  wakil Parlimen Azmin Ali ???


Inilah gambar sebahagian dari lori hantu yang mengotorkan jalan raya dan menggunakan  air longkang untuk membersihkannya. Penulis adalah ahli UMNO Puncak turut terlibat dalam isu ini kerana laluan ini adalah juga laluan yang sering penulis lalu dan anak penulis juga bersekolah di KAFA dan penulis selalu risau akan keselamatan anak penulis kerana lori hantu ini bergerak dalam kelajuan yang  tinggi.
MPS perlu ytampil dan jika tidak SPRM yang [erlu tampil untuk menjawab persoalan ini. Khalid gagap juga perlu bertanggungjawab. APAKAH APABILA MERAIH UNDI TERUS MELUPAKAN KABAJIKAN RAKYAT. Negeri ini sudah macam jadi negeri cowboy Sepatutnya MPS menjaga taman ini bukan membiarkan lori lori hantu ini merosakkan taman ini. Cukai pintu dibayar tapi apa yang kami dapat.

Inilah yang kami dapat satu lagi penyakit yang sedia ada sejak Selangor diperintah oleh PKR selain dari lori hantu. Penulis akan mendedahkan perbuatan Maksiat rumah urut dan judi internet di Prima Seri Gombak tumbuh macam cendawan busut sejak PKR jadi kerajaan. Tunggu !!!


Video demonstrasi di Puncak Gombak pagi ini.

10 Nama Bakal Hancurkan Politik Anwar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merangkap Ketua Umum PKR dengarnya setiap kali berkesempatan pulang ke rumah mewahnya yang berharga RM7 juta di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur seringkali melabuhkan pandangannya jauh mengelamun ke luar tingkap jendela.
 
Entah apa yang dimenungkannya sejak akhir-akhir ini sehingga kerap sangat mengelamun sendirian. Barangkali banyak sangat permasalahan yang sedang berkecamuk mengganggu fikirannya dan sukar untuk dirungkaikan.
 
Disebalik aktivitinya ke sana ke mari berceramah siang dan malam sambil menabur janji dicapati untuk menawan hati pengundi, ingatkan hatinya makin senang, rupanya makin banyak janji ditaburi makin bertambah parah lamunannya.
 
Patutlah semenjak dua menjak kebelakangan ini wajahnya makin kusam dan kelihatan serabut, bak kata orang tua-tua langsung tak kelihatan nurnya. Apapun harapnya laporan berita dari akhbar Utusan Malaysia di muka surat tiga bertarikh 27.12.2012 dengan tajuk "Sebahagian besar pembelaan Nalla dikekalkan" tidak akan menambah celaru fikirannya, harap begitulah.
 
Secara ringkas kandungan berita itu menyebut ada 10 nama individu telah disenaraikan oleh Datuk S. Nallakaruppan dalam pembelaannya untuk berdepan dengan saman yang dikemukakan oleh Anwar berikutan dakwaan aktiviti biseksual.
 
10 nama yang disebut oleh Nalla itu yang dikaitkan melakukan aktiviti seks dengan Anwar terdiri daripada tiga orang wanita dan bakinya adalah lelaki yang sebahagian besarnya dikenali rapat dan mempunyai hubungan istimewa dengan Ketua Umum PKR.
 
Antaranya ialah Shamsidar Tahrin, Norlaila Abdul Majid, Soma Rodrigo @ Anne, Mior Abdul Razak, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Dr Munawar Ahmad Anees, Azizan Abu Bakar, Ismail Mat Rabi @ Ismail Harun, Hairany Mat Nafees dan Rashid.
 
Kesemua 10 orang individu-individu yang namanya disebut itu tidak pun akan dipanggil saksi pembelaan bagi pihak Nalla apabila prosiding perbicaraan mahkamah bermula kelak, sebaliknya menjadi kewajipan Anwar untuk memanggil mereka sekiranya mahu membuktikan dakwaan Nalla adalah fitnah.
 
Tapi Anwar kekal sebagai Anwar, bijak membelit dan ada sahaja ideanya untuk melepaskan diri. Berikutan penyenaraian 10 nama ini, Anwar telah mengemukakan pula permohonan untuk menyingkirkan kesemua 10 individu itu daripada penyataan pembelaan Nalla.
 
Maksudnya, Anwar tidak mahu mana-mana individu itu kelak terpaksa dipanggil semasa prosiding dilakukan, jika itu berlaku Anwar bimbang ia akan membuktikan memang wujud aktiviti biseksual yang dilakukan olehnya.
 
Walhal, jika Anwar benar-benar tidak melakukan sebarang aktiviti seksual sama ada secara normal atau luar tabie dengan mana-mana wanita dan lelaki seperti didakwa oleh Nalla, sepatutnya Anwar perlu berani memanfaatkan prosiding mahkamah dengan memanggil kesemua mereka sebagai saksi bagi dirinya.
 
Dengan keadaan sekarang yang mana semua 10 individu itu kekal dalam penyataan pembelaan Nalla, mahu tidak mahu Anwar terpaksa menerima hakikat kebenaran semakin hampir.
 
 Ini tentu sahaja menambah rumitkan lagi fikirannya yang sudah sedia berkecamuk. Percaturan Anwar sudah menemui kegagalannya, 10 orang individu yang mempunyai hubungan rapat dan erat dengannya kini umpama duri dalam daging yang bakal menghancurkan nyawa politiknya.

Thursday, December 27, 2012

Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri


Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Dia  yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.

Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.

"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.
p/s: antara Ruffedge atas dan Ruffedge bawah...siapa lah agaknya ye...

Leuniey Sendiri Sudah Jemput Bapa Kandungnya Ke Majlis Perkahwinan

Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak dugaan yang mendatang. Itu perkara biasa untuk semua pengantin. Apek dan Leuniey juga turut tidak terkecuali. Yang terbaru, bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad menyatakan yang dirinya tidak dijemput ke majlis anaknya itu.
jaafar mohamad
Berkata kepada Berita Harian semalam, Jaafar Mohamad melahirkan rasa terkilannya kerana tidak dijemput oleh anaknya sendiri untuk ke majlis pernikahan.
Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu. Bagaimanapun, saya akan hadir jika dijemput.
apek dan leuniey
Untuk makluman, Apek dan Leuniey telah pun berjumpa bapa kandung Leuniey untuk memohon tandatangan sebagai wali. Menurut bapa kandung Leuniey, tiada sebarang pelawaan dilakukan ketika itu. Namun hari ini menerusi Kosmo, ibu Leuniey, Nor Laila Abu Bakar memberitahu yang Leuniey telah menjemput bapanya untuk hadir ketika itu.
Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu turut hadir pada majlis pernikahannya. Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga.
leunieyAdmin rasa ini semua salah faham. Mungkin bapa kandung Leuniey tidak terdengar jemputan yang telah dilakukan oleh anaknya. Tak perlu gaduh-gaduh. SMS atau telefon sahaja untuk confirmation. Admin tak rasa Leuniey kejam untuk tidak menjemput bapa kandungnya sendiri di hari bersejarahnya. Tak gitu?

Wednesday, December 26, 2012

Festival Mandi Lumpur

Jom joint Mr R pergi ke Korea Selatan. Mr R nak bawak korang pergi tengok satu festival yang unik dan agak pelik kat sana. Festival yang Mr R maksudkan ialah Festival Boryeong ataupun Festival Mandi Lumpur. Festival nie diadakan pada bulan Julai pada setiap tahun. Tujuan festival nie diadakan pada mulanye untuk menarik pelancong untuk melihat macam mana orang Korea Selatan jaga kulit bagi cantik. Setelah mendapat sambutan hangat, festival nie terus dijadikan acara tahunan.. Jom tengok betapa gembiranye peserta festival nie....





Tuesday, December 25, 2012

Babes with green superbike

                                        Babes with Green Superbikes




                                             Babes with Green Superbikes

Buruknya Victoria Backham KETIKA BERUSIA 18 TAHUN

Victoria Beckham adalah cukup diiktiraf
 
Victoria Beckham adalah cukup diiktiraf, terutama dengan menjadi anggota Spice Girls, model yang cantik dan pereka fesyen. Nah, kali ini kita menunjukkan beberapa gambar-gambar yang telah diambil pada tahun 1992, apabila dia hanya 18, dan kebenaran adalah bahawa sejak itu ia kelihatan cukup baik, dan kita tidak boleh mengatakan bahawa adalah tulen photoshop seperti yang terdapat dalam orang-orang masa kini




















Monday, December 24, 2012

NIK AZIZ RASUAH Datuk NGEH KOO HAM :: SPRM APA LAGI ???

Ngeh Wajar Dapat Tanah Di Kelantan
MEMANG sekilas pandang artikel ini agak bercanggah dengan artikel yang pertama, tapi skop penulisan kali ini berbeza. Ini ada kena mengena dengan bantahan pelbagai pihak berhubung pendedahan sebuah laman blog pro UMNO baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sejumlah besar tanah oleh pemimpin DAP Perak dari kerajaan Kelantan.
 
Yang dimaksudkan sudah tentulah Datuk Ngeh Koo Ham yang tadi penulis minta dipecat dari DAP kerana menerima penganugerahan darjah kebesaran Datuk dari raja-raja Melayu.
Tapi itu adalah isu yang sama sekali berbeza dengan yang ini.
 
Sebetul, kelayakan Ngeh untuk mendapat tanah dari kerajaan negeri Kelantan, tidak perlu dipersoalkan atas beberapa sebab. Pertama, Ngeh adalah rakyat Malaysia dan layak mendapat tanah dimana-mana bahagian di negara ini secara merit. Kedua, perolehan tanah itu adalah atas kapasiti syarikat, bukan individu seperti mana tanggapan banyak pihak.
 
Ketiga, dakwaan yang mengatakan orang luar Kelantan tidak boleh memiliki tanak di Kelantan adalah tidak benar kerana tidak semua tanah di Kelantan berada dalam kawasan Tanah Rizab Melayu dimana orang bukan Melayu tidak boleh memilikinya.
 
Mengikut maklumat yang disampaikan kepada penulis, hanya 75% tanah di Kelantan berada didalam Tanah Rizab Melayu, baki 25% lagi tidak berada dalam kawasan Rizab Melayu.
 
Mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa), Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).
 
Termasuk hahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

Selain itu, kawasan-kawasan yang terletak di bahagian selatan (termasuk Gua Musang), terutama yang telah diberi konsesi kepada Syarikat Pembangunan Duff tidak diisytiharkan sebagai rizab Melayu kerana berpegang kepada peruntukan perjanjian pada 10 Oktober 1900 – iaitu sebelum Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930 dikuatkuasakan.
 
Sementara hampir sebahagian besar tanah di Kelantan tidak boleh dipindah milik kepada bukan Melayu, tanah-tanah yang telah diperolehi sebelum kawasan itu diisytiharkan sebagai rizab Melayu, adalah dikecualikan dari larangan dijual kepada bangsa asing (rujuk Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan).
 
Perkara itu dikaitkan pula dengan pemilikan lebih 4,000 hektar tanah oleh syarikat yang didakwa dimiliki sepenuhnya (hampir 99%) oleh Ngeh, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd adalah di mukim Relai dalam jajahan Gua Musang!! Penulis ulang, Gua Musang (sila rujuk Enakmen Tanah Rizab Melayu di atas).
Jadi dimana salahnya Ngeh memiliki tanah di Kelantan kerana kawasan itu memang bukan kawasan Rizab Tanah Melayu yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja asalkan mendapat kelulusan dari kerajaan negeri Kelantan, terutama Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
 
Soal ada orang Kelantan sendiri tidak memiliki tanah, itu soal lain dan tidak langsung ada kena mengena dengan isu yang dibincangkan. Kenapa Ngeh perlu dipersalahkan jika ada orang Kelantan tidak mendapat tanah? Itu salah sendirilah, siapa suruh tak memohon?
 
Lagipun tanah ini adalah untuk dibangunkan projek pertanian (selain pembalakan) yang mampu menyumbang semula ke dalam ekonomi negeri.
 
Selama ini UMNO juga yang menuduh kerajaan negeri gagal membangunkan ekonomi Kelantan, tapi bila kerajaan negeri membuat usahasama dengan syarikat yang kebetulan dimiliki Ngeh untuk meningkatkan ekonomi Kelantan, UMNO nak bising pula.
Jadi apa yang betul?
 
Maka itu penulis percaya isu sebenarnya bukan sangat sebab Ngeh memiliki tanah di Kelantan, tapi dakwaan bahawa tanah itu diserahkan kerajaan negeri sebagai balasan untuk melantik Datuk Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak (rasuah).
 
Walaupun penulis percaya dakwaan tersebut mengarut tapi penulis mendengar DAP mengambil serius mengenainya dan akan mengambil tindakan susulan. Jadi penulis meminta semua pihak menanti sehingga DAP mengadakan sesi pendengaran sebelum memberikan apa-apa komen.

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts