Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba kecoh seketika dunia seni tempatan
apabila pelakon comel, Nora Danish dan pelawak terkenal, Zizan Razak
bermanja-manja dengan panggilan papa dan mama di laman sosial Twitter
milik mereka baru-baru ini.
Menerusi laman sosial itu, Nora dikatakan memberi ucapan All the best
papa kepada Zizan yang berentap di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012,
minggu lalu.
Menariknya, Zizan turut membalas ucapan tersebut dengan mengatakan Tq mama, papa try the best k kepada Nora.
Ekoran tweet romantik mereka ini, ramai menganggap kedua-duanya bukan sekadar teman biasa.
Sehubungan itu, Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada bintang filem Hantu Kapchai ini.
Ketika dihubungi, Zizan berkata, apa yang berlaku di laman sosial itu hanyalah gurauan semata-mata.
"Sebenarnya tiada apa-apa antara kami. Kami hanya bergurau," katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Zizan berkata, dia senang berkawan
dengan Nora kerana sikap kelakar yang ada pada bintang filem Aku Terima
Nikahnya itu.
"Dia ok dan dia juga kelakar macam saya. Jadi, saya selesa bersama dia apabila kami berjumpa dalam apa majlis bersama.
"Lagi pun, setakat ini saya tidak punya sebarang perasaan pada dia. Bagi
saya, dia seorang kawan yang baik. Itu sahaja," katanya sempat bertemu
Nora di Anugerah Skrin 2012, baru-baru ini.
Meski pun spekulasi yang timbul tidak mendatangkan kesan kepada empunya
diri, namun jelas Zizan, dia tidak mahu selepas ini masih ada orang
menganggap yang bukan-bukan mengenai hubungan mereka.
"Kami merupakan rakan sekerja. Malah kami sudah sering bekerja bersama,
saya harap perkara ini tidak menjejaskan hubungan kami," kata jejaka
kelahiran Dungun, Terengganu ini.
-Sinarharian
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB.
-
KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara
selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan
berkai...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment