Thursday, November 29, 2012

MB AKAN TINJAU PUSAT MENGUNDI DAERAH (PDM) UNTUK PERSIAPAN PRU13


KUALA LUMPUR, 28 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menegaskan bahawa terdapat tiga formula utama yang akan menjamin kemenangan bagi parti Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13 kelak.

 “Presiden menasihatkan ahli dan jentera perlu bersatu padu, bekerja bersungguh-sungguh dan fokus dalam pasukan. Jangan kita bersengketa di antara satu sama lain dan janganlah kita mensabotaj parti. 

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, Umno mesti kukuh, Umno mesti kuat dan Umno pasti menang dalam PRU-13 bagi memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. 

 “Saya akan pergi ke bahagian-bahagian jentera dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk meninjau kerja-kerja dijalankan dengan terurus dan bersiap siaga bagi menghadapi PRU-13,” kata beliau ketika berucap dalam 

Majlis Jamuan Makan Malam Menteri Besar bersama Perwakilan dan Pemerhati Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur, malam tadi. 

Dianggarkan seramai 500 orang perwakilan dan pemerhati Umno hadir bersama-sama memeriahkan majlis makan malam tersebut dan sekaligus merapatkan silaturrahim di antara satu sama lain. Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Dato’ Hasim Rusdi, Bendahari Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lasim, dan Pengerusi Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Negeri, Dato’ Hamzah Haji Ghazali.





























ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT UNTUK MEMBACA INI : KLIK INI

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts