6 November 2004 , subuh yang begitu nyaman dan dengan perlahan lahan rumah aku tiba tiba dipenuhi oleh saudara mara sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat. Kereta diletakkan berderet sampai keluar sana. Ramainya sahabat , anak buah , sauadara mara yang datang menziarahi jenazah Allahyarham ayah ku yang pulang ke rahmatullah pada jam 4 pagi tadi .
Hampir semua anak buahnya hadir untuk menziarahi Allahyarham kerana Allahyarham sememangnya rapat dengan anak anak buahnya.
Pagi itu , kakak sepupu aku , yang kini telah menjadi Allahyarhamah juga datang kepada ku dan membisikkan kepada aku bahawa arwah ayah pernah berpesan padanya seandainya dia meninggal dunia dia mahukan mufti Negeri Sembilan untuk menyembahyangkan jenazahnya.
Pagi itu , kakak sepupu aku , yang kini telah menjadi Allahyarhamah juga datang kepada ku dan membisikkan kepada aku bahawa arwah ayah pernah berpesan padanya seandainya dia meninggal dunia dia mahukan mufti Negeri Sembilan untuk menyembahyangkan jenazahnya.
Ini satu amanah yang berat yang perlu aku tunaikan. Mana mahu dapat nombor Mufti. Aku nekad dan mencuba lantas aku memanggil pertanyaan Telikom dam meminta nombor pejabat MAINS dan aku terus menghubungi pejabat berkenaan dan meminta pejabat Mufti dan tiba tiab aku dapat bercakap dengan Mufti.
Aku mendapat temujanji dengan Mufti dan Mufti berjanji akan menyembahyang kan jenazah allahyarham ayah ku.
Aku mendapat temujanji dengan Mufti dan Mufti berjanji akan menyembahyang kan jenazah allahyarham ayah ku.
Rezeki ayah, bukan mudah untuk mendapat temujanji dengan mufti dan Allah SWT permudahkan urusan aku.Kami adik beradik lelaki memandikan dan membersihkan jenazah ayah dan terus mengafankan dan menyempurnakan jenazah ayah dengan selamatnya.
8 tahun berlalu peritiwa ini masih bermain di benak fikiran ku seperti semalam saja ayah pulang ke rahmatullah. Aku masih ingat , setiap kali aku pulang ke kampung , ayah akan memanggil aku untuk duduk dengan nya dan apabila aku duduk dengan nya dia mulalah meluahkan perasaan nya , macam macam lah dia akan cerita , hal kesihatannya , hal adik adik , hal keluarga dan hal hal masa depan , apa yang perlu aku lakukan. Aku hanya diam dan mendengar saja. sebaik dia berhenti saja bercakap aku pun akan bangun dan ke belakang.
3 minit kemudain dia akan memenggil kau lagi, katanya dia belum habis bercerita lagi , Aku duduk lah lagi mendengar ceritanya tanpa menjawab sepatah apa pun. aku duduk sampai dai habis bercerita dan kemudian aku bangun meninggalkan dia sendiri.Inilah ayah ku.
Tapi kini semua telah tiada lagi hanya tinggal kenangan sahaja. Aku merindui saat ini sebenarnya, aku merindui saat aku membawa dia bersiar siar dengan kereta ku. " apa nama kereta kau ini". dia selalu lupa jenama kereta aku. Aku akan bawa dia ke kedai kopi dan minum bersama nya.
Aku rindu saat petang raya sehari atau dua sebelum balik ke kempung . sudah lapan tahun aku tidak melakukanya. Biasa aku akan ke jalan masjid India seharian mencari baju melayu , jubah, baju kemeja dan juga seluar slack nya. Aku akan keluar bersendirian dengan niat untuk mencari pakaian raya ayah ku. aku rindu akan saat ini.
Adakala aku bagaikan tidak percaya bahawa ayah sudah tidak ada lagi , namun aku terima hakikat bahawa segala ini adalah benar dan kematian adalah benar. Semua orang akan pulang ke ramhamatullah dan dunia ini hanyalah tumpangan semata mata .
Diam tidak diam Lapan tahun sudah ayah pergi dan kami sekeluarga amat merindukannya, Semoga ayah di tempatkan bersama orang orang yang solih dan permudahkan segala urusan ayah di akhirat sejahteralah mu bersemadi dan kami mahu ayah sentiasa tahu bahawa kami semua sayang kan ayah , dan cucu ayah sayangkan atok , anak buah sayangkan ayah , semua sayangkan ayah. Al - fatihah.
No comments:
Post a Comment