Lebih 3 tahun lampau atau lebih tepat lagi pada 12 Ogos 2009,
Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah berkata bahawa, tidak menjadi
kesalahan untuk pemimpin DAP menghina Islam dan ia bukanlah satu isu
kerana pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” demikian kata Menteri Besar Kelantan itu ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin DAP yang dilihat sering menghina kesucian Islam.
Maksud kata Nik Aziz mudah untuk difahami, pada pandangannya selagi seseorang itu agamanya bukan Islam, maka mereka mempunyai hak untuk mempertikaikan ajaran Islam malah berhak untuk menghina Islam.
Tiga tahun selepas itu yakni pada 12 Ogos 2012 pula, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula dalam satu kenyataan akhbar sebagaimana tersiar dalam Sinar Harian Online, menyatakan bahawasanya, DAP berhak menolak pelaksanaan hukum hudud kerana mereka bukanlah beragama Islam.
Ironinya, tatkala PAS mengiktiraf hak DAP untuk menghina, memperlekehkan Islam serta menolak hudud, tiba-tiba sahaja seminggu dua ini pula para pemimpin PAS terasa hangat hati dengan komen Presiden MCA, Chua Soi Lek (CSL).
Marah betul mereka dengan CSL, sehingga mempunyai ruang masa untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma MCA berikutan kenyataan Presiden MCA itu yang mendakwa perlaksanaan hudud PAS bakal menyebabkan 1.2 juta orang hilang pekerjaan.
Karpal Singh yang dengan selambanya mencabar PAS untuk langkah mayatnya dulu sekiranya mahu menegakkan Negara Islam, malah secara terbuka mempertikaikan perlaksanaan hudud PAS, tak pula menyebabkan PAS hangat hati sehingga mengadakan demonstrasi depan pejabat DAP.
Agaknya dalam kes DAP, para pemimpin PAS terlalu sibuk dan kesuntukkan masa untuk berdemo barangkali. Maklumlah rakan sepakatan, maka tentulah ada pengecualiannya atas sebab pemimpin DAP bukannya orang Islam.
Sebaliknya para pemimpin PAS bangga pula bersolat di hadapan bangunan DAP malah dengan senang hati menggunakan pentas ceramah DAP untuk mengutuk dan mengecam sesama Islam.
Polemik yang membabitkan CSL dan pendirianya terhadap hudud PAS memang agak kritikal dan sinis. Tentu sekali ia berkait rapat dengan ‘kebenaran’ yang pernah PAS berikan pada DAP dan ia diambil kesempatan oleh CSL dengan nada yang sedikit lembut berbanding penolakkan keras dari DAP.
Dalam hal ini, PAS patut menyalahkan diri sendiri, dek kerana terlampau berlembut dengan DAP, maka peluang itu diguna pakai pula oleh CSL untuk meremehkan hudud PAS.
Jika dengan DAP, Nik Aziz dan Hadi Awang boleh mentakrifkan tentangan oleh DAP sebagai hak mereka selaku orang bukan Islam, kenapa dalam kes CSL mesti ada perbezaannya? Bukankah CSL juga bukannya beragama Islam?
sumber : sini

No comments:
Post a Comment