Sunday, November 11, 2012

MUJAHID NI FAHAM TAK ?? SOKONG IZZAH

Kebebasan agama: Nurul betul, kata Mujahid



Post Pic
SHAH ALAM: Pemimpin kanan PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kebebasan agama termaktub dalam Islam, justeru,  katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak salah menyokong supaya prinsip itu turut diguna pakai untuk orang Melayu, dan tidak terbatas kepada  bukan Islam sahaja. 

"Apa yang dinyatakan oleh Izzah (ialah) reaksi kepada satu soalan iaitu adakah kebebasan agama ini juga diaplikasikan kepada orang Melayu," kata Mujahid kepada Antarapos
"Dia (Nurul) kata prinsip kebebasan agama yang diletakkan oleh Islam (jadi) aplikasinya kepada semualah termasuk orang Melayu," kata Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. 
"Itu adalah satu pilihan. Tidak ada seorang yang dapat paksa tetapi ini bukan bermakna membawa kepada murtad," tambah beliau. 
"Pada masa yang sama Allah S.W.T mahu menunjukkan nilai beragama itu maka Allah bagikan prinsip tidak ada paksaan dalam beragama," katanya. 
Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Nurul itu mungkin celaru namun menganggap ledakan kritikan terhadap Ahli Parlimen PKR itu tidak adil dan tercetus hanya kerana beliau pembangkang.
Nik Aziz tidak cuba menjelaskan kenyataan Nurul itu, namun “tanggungjawab” berkenaan digalas oleh Mujahid.   
Mujahid berkata kebebasan agama untuk orang Melayu yang dikupas oleh Nurul tidak bererti beliau pro-murtad.  
"Dia (Nurul) bagi contoh dia bersekolah di Assunta tetapi masih lagi Muslim dan apa yang penting adalah penghayatan seorang muslim itu terikat dengan agama dia," tambah beliau. 
Mujahid hadir pada wacana anjuran pergerakan Kristian di Subang Sabtu lalu apabila Nurul dilaporkan sebagai berkata kebebasan agama sepatutnya dilaksanakan sama rata dan bukan terbatas kepada bukan Islam sahaja. 
“Tidak ada paksaan di dalam Islam. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” katanya ketika menjawab pertanyaan seorang peguam mengenai isu itu. 
Kelmarin, peguam berkenaan Siti Zubaidah Kasim dilaporkan kesal dengan tindakan Nurul menarik balik kenyataan itu berikutan kritikan orang ramai, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan. 
Perundangan di Malaysia mengekang mubaligh bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.
Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang Melayu yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian agama itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata kenyataan Nurul itu boleh dianggap mempersendakan atau menghina Islam. 
Jabatan Agama Islam Selangor semalam menemui Nurul setelah Menteri Besar Tan  Sri Khalid Ibrahim berkata Jais mempunyai asas untuk menyiasat kenyataan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.   
 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts