KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
yakin orang ramai tidak terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang
susulan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.
"Ini bukanlah politik matang, tetapi politik kebencian, oleh itu sudah
menjadi tugas semua pihak dalam perhimpunan untuk memberikan penerangan
kepada ahli dan orang ramai agar tidak terus keliru dengan dakyah
pembangkang.
"Apa yang lebih penting kita perlu bersiap sedia, terutama dalam
menghadapi pilihan raya yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya kepada
media.
Semalam, bekas Musa menuduh Hishamuddin campur tangan dalam setiap
urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika beliau menjawat jawatan
tersebut.
Musa sebelum ini sendiri di tuduh oleh Bekas Pengarah Saisatan Jenayah
Komersil Datuk Ramli Yusuff sebagai menyeleweng kuasa dan menindas
pegawai bawahannya.
Hishammuddin berkata, tuduhan Musa berkali-kali dibangkitkan oleh
pembangkang, malah beliau juga telah menjawab perkara tersebut di
Parlimen.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyifatkan bahawa ini
adalah sebahagian daripada tindakan pembangkang yang menggunakan
pelbagai cara untuk membuat tomahan dan serangan peribadi terhada
pemimpin Umno.
"Tindakan pembangkang ini umpama manusia yang lemas, ia akan
menggunakan apa sahaja untuk dijadikan tempat berpaut walaupun ia
ranting.
"Musa seorang yang matang…. saya percaya ia tidak mudah untuk dipersendakan dan diperalatkan oleh pembangkang," katanya.
No comments:
Post a Comment