Saturday, November 17, 2012

Apabila Raja "kena sound" dengan anak Raja

Bagi penganut agama Hindu, aku ucap Happy Deepavali. Bagi yang menyambut kedatangan Muharram, jangan lupa baca doa hujung tahun dan awal tahun esok.

Sekarang ini yang perlu banyak berdoa ialah Datuk K. Rajagobal. Dialah Raja Bola Malaysia sebenarnya.

Maklumlah, menang Sukan SEA dan Piala AFF, tak pernah dibuat dek orang.

Orang lain siapa? Orang lain apa tahu? Orang lain boleh belahla...Ehh, Rajagobal cipta sejarah tau.

Sepanjang dua dekad lalu, Rahim Abdullah gagal, Ken Worden gagal,  Claude Le Roy gagal, Hatem Souissi gagal, Wan Jamak Wan Hassan gagal, Abdul Rahman Ibrahim gagal, Allan Harris gagal, Bertalan Bicskei gagal, Norizan Bakar gagal, B. Sathianathan gagal...yang tidak gagal hanya Raja, king of all kings!

Raja adalah Raja Bola terhebat sepanjang zaman! Never before we had a winning coach, really, never before!

Rajagobal saja yang tidak gagal. Yang lain gagal.

Cuba kaji latar belakang yang gagal:

1. Rahim Abdullah - bekas sayap kanan skuad Olimpik 1972.
Jurulatih ketika Malaysia tewas 1-0 kepada Filipina di Sukan SEA 1991.

2. Ken Worden - entah pernah main ke tidak
Jurulatih ketika Malaysia tersangkut di peringkat kumpulan di Sukan SEA Singapura 1993.

3. Claude Le Roy - bekas jurulatih Cameroon, Senegal, Cambridge, Oman, Syria
Gagal di Sukan SEA Chiangmai 1995

4. Wan Jamak Wan Hassan - bekas pemain pertahanan skuad Olimpik 1980
Bawa pasukan kebangsaan naib juara Piala AFF edisi sulung pada 1996, apabila Kiatisuk Senamuang elak terpaan Zainal Abidin Hassan lalu merembat gol tunggal final. Kalau Malaysia menang, apakah Wan Jamak dapat pingat kebesaran membawa kepada gelaran Datuk?  Namun melepaskan jawatan selepas tewas 1-0 kepada Laos di Jakarta 1997.

5. Abdul Rahman Ibrahim - bekas pemain tengah kebangsaan dan jurulatih skuad kebangsaan 1977, 78
Bawa pasukan tangga ketiga Piala AFF 2000 setahun selepas diaibkan di Sukan SEA Brunei 1999

6. Allan Harris - bekas penolong Terry Venables di Crystal Palace, Spurs dan Barca
Separuh akhir Piala AFF 2002 hasil kemenangan 4-0 ke atas Singapura dan 3-1 ke atas Thailand, tapi tewas dek tandukan Bambang Pamungkas. Sukan SEA 2001 pula pasukannya tewas gara-gara gol sendiri Kamarulzaman Hassan lagi beberapa minit nak habis di Stadium Shah Alam. Satu stadium menyumpah! Kalau menang final tu, Allan Harris dapat double Datuk, satu datuk grandpa satu pingat kebesaran.


El Tel dan Allan Harris di Nou Camp...Getty Images

7. Bertalan Bicskei - bekas penjaga gol dan jurulatih Hungary
Separuh akhir Piala AFF 2005, tangga ketiga.

8. Norizan Bakar - bekas pemain Perlis
Gangsa Sukan SEA Manila 2005 dan separuh akhir Piala AFF 2007.

9. B. Sathianathan - bekas perancang tengah Negeri Sembilan
Gagal di Sukan SEA Korat 2007 beberapa bulan selepas menjuarai Pestabola Merdeka, tewas peringkat kumpulan Piala AFF 2008.

Ini detik Sathia sebut "M-League is not football" depan Dominique Bathenay dan Zaid Jamaludin


10. K. Rajagobal - bekas pemain simpanan Selangor zaman Supermokh
Berjaya di Sukan SEA Laos 2009 dan berjaya lagi di Piala AFF 2010.

Sehebat mana seorang jurulatih itu, antara faktor dalam bola sepak ialah nasib. Satianathan mungkin gagal di peringkat antarabangsa tetapi berjaya di peringkat tempatan. Harris pernah jadi penolong jurulatih di Barcelona, manakala Le Roy menjuarai Kejohanan Negara-negara Afrika bersama Cameroon pada 1988 dan kemudian membawa pasukan sama ke Piala Dunia 1998. Bicskei bimbing pasukan Bawah 18 tahun Hungary muncul juara Eropah pada 1984.

Dan semua pun pernah kena sound dengan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, timbalan presiden FAM.

Jadi apabila King Raja kena sound dengan anak Raja, apa tandanya? Baca kebimbangan Tengku Abdullah di http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121112/su_01/Tengku-Abdullah-tegur-Rajagobal

Satu lagi nak tanya sikit, apakah wajar Rajagobal dikekalkan jika anak buahnya gagal pertahan Piala AFF?

Apapun aku ucap selamat berjaya kepada King Raja, penolongnya Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas serta semua anak buahnya!

KORANG NAK TAHU LAGI PASAL RAJA  INI SILA BACA SINI

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts