Thursday, November 8, 2012

AWAS sendikit langgar dan rompak di Higway KL Seremban

Kalau anda melalui Highway Kuala Lumpur Seremban  dan sebaik tiba di hadapan  Tol Sungai Besi sehingga  Kajang pada waktu malam berhati hati lah jika  kereta anda di langgar dari belakang terutamanya pemandau yang membawa kereta jenama Honda CRV atau apa juga jenama Honda.

Dua hari lepas kawan aku yang memandu Honda CRV telah dilanggar oleh sebuah kereta Toyota Camry di jadapan stesyen minyak Petron Highway sebelum Tol Sungai Besi pada jam 11 malam. Dia memberhentikan keretanya untuk melihat keadaan keretanya dan 3 lelaki India telah menghampirinya dan menghulur sebilah parang dan mengachukan parang ke lehernya dan mereka telah mengambil Handphone dan juga dompet kawan aku . Salah seorang daripadanya terus masuk ke dalam kereta kawan aku dan terus meninggalkan dia di tepi Higway berkenaan. 

Kawan aku cuba menahan kereta lain untuk meminta bantuan , malangnya tidak siapa pun yang berheti dan dia terpaksa berjalan kaki sehingga ka Pekan Sungaiu Besi untuk membuat laporan Polis  dan meminta bantuan. AWAS !!! aku pun tak tahu apa yang kau mahu nasihatkan jika keadaan begini berlaku. Kita tidak berhenti  kita tidak akan dapat mengambil nombor kenderaan yang melanggar kita dan tidak dapat melihat kerosakan yang berlaku pada kereta kita.

 Jika kita mahu terus membuat laporan polis , apa yang mahu kita laporkan ? kereta apa dan jenis apa yang melanggar kita ? Susah kan ????? Harap pihak Polis dapat memikirtkan juga sesuatu untuk mengatasi masalah ini dan memberikan perlindungan kepada kami pemandu,

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts